Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu

Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu

Posted by
Seorang manusia menghabiskan masa kira-kira satu pertiga daripada kehidupannya dengan tidur. Ia adalah proses istirahat bagi semua hidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia.
 
Terdapat banyak fakta lain mengenai tidur yang ramai tidak tahu. Berikut kami kongsikan 14 fakta menarik tentang tidur.
 
1. TV berwarna telah mengubah cara manusia bermimpi
 
Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu
 
Sebelum wujudnya TV berwarna, hanya 15% manusia mimpi berwarna hitam putih. Hari ini hampir 75% manusia mengalami mimpi berwarna. Menurut kajian, golongan yang lebih tua dan tidak mempunyai pengalaman melihat TV berwarna akan mendapat mimpi greyscale atau berwarna hitam putih. 
 
Sebaliknya golongan yang lebih muda lebih cenderung untuk mendapat mimpi yang berwarna.
 
2. Kucing tidur sebanyak 2 per 3 sepanjang hayatnya
 
Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu
 
Kucing akan kerap tidur dan hanya akan terjaga pada waktu-waktu tertentu untuk bermain, makan dan bermanja. Malah anak-anak kucing yang baru lahir akan tidur sebanyak 90% sehari (bersamaan dengan 22 jam).
 
3. Rekod manusia paling lama tidak tidur
 
Randy Gardner, merupakan pemegang rekod paling lama tidak tidur. Ia bermula pada Disember 1963 apabila Randy Gardner yang berusia 17 tahun dan rakannya, Bruce McAllister bercadang untuk melakukan satu projek sains untuk memecahkan rekod tidak tidur paling lama di dunia. Pada tahun tersebut, persoalan tentang berapa lama manusia boleh bertahan tanpa tidur menjadi satu topik perdebatan yang hangat.
 
4. Kenali dysania
Fakta Menarik Tentang Tidur Yang Ramai Tak Tahu
 
Dysania merupakan satu sindrom yang menyebabkan anda sukar untuk bangun dari tidur. Salah satu cara untuk mencegah sindrom ini adalah dengan menggunakan bunyi jam loceng yang berbeza-beza pada setiap hari. 
 
Selain itu, anda juga boleh cuba tidur awal daripada biasa supaya anda akan berasa lebih segar dan mudah untuk bangun pagi.
 
5. Kenali sleep apnea
 
Ia adalah satu keadaan di mana anda berhenti bernafas. Tempoh manusia mengalami sleep apnea adalah sekitar 8 hingga 10 saat. Satu pertiga penduduk di Malaysia mengalaminya dan ia merupakan salah satu punca gangguan tidur.
 
6. Terasa seperti jatuh dari bangunan tinggi ketika sedang tidur
 
Keadaan ini dipanggil hypnic jerk. Ia lebih kerap berlaku di usia muda dan akan semakin berkurang apabila anda meningkat dewasa. 
 
7. Tidur dan kaitannya dengan berat badan
 
Sekiranya anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, anda akan lebih cenderung untuk makan disebabkan penurunan tahap leptin dalam badan.
 
8. Anda boleh kawal mimpi
 
Ia digelar lucid dreaming. Keadaan ini berlaku apabila anda sedar anda sedang bermimpi dalam tidur tapi dalam masa yang sama anda cuba menahan daripada terbangun.
 
9. Tabiat berjaga malam adalah merbahaya
 
Seorang manusia menghabiskan masa kira-kira satu pertiga daripada kehidupannya dengan tidur. Ia adalah proses istirahat bagi semua hidupan dan ia sangat penting untuk kesihatan tubuh manusia.
 
Sekiranya anda berjaga selama 16 jam berturut-turut, keupayaan fikiran anda akan merosot sama seperti mengalami paras alkohol 0.5% dalam darah.
 
10. Anda boleh masuk semula ke dalam mimpi
 
Sekiranya anda terbangun ketika sedang bermimpi, tutup mata dengan cepat dan pastikan badan anda dalam keadaan kaku. Ia tidak semestinya berjaya, tetapi tidak rugi untuk cuba.
 
11. Mimpi mampu meramal masa hadapan
 
Menurut beberapa kajian, satu pertiga daripada manusia pernah bermimpi perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan.
 
12. Sleep paralysis
 
Sleep paralysis adalah keadaan apabila anda bangun tetapi tidak boleh bergerak. Ketika ini minda dan badan anda dalam keadaan sedar dan tidak sedar. Sekiranya ini berlaku, jangan risau kerana ia berlaku sebentar sahaja.
 
13. Haiwan dan orang buta juga turut bermimpi
 
Orang yang buta sejak lahir tidak bermimpi secara gambar, mereka bermimpi melalui deria lain. Mereka yang buta selepas lahir akan bermimpi secara gambar. 
 
14. Manusia mimpi wajah orang yang pernah dilihat sahaja
 
Walaupun anda tidak mengenali sesiapa dalam mimpi, anda sebenarnya pernah melihat mereka dalam kehidupan seharian. Walaupun hanya terpandang wajah seseorang seketika, otak anda akan menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan di hari lain.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *