13 Fakta Menarik Tentang Semut

Posted by
Semut merupakan sejenis serangga yang hidup dalam komuniti. Semut juga adalah sejenis omnivor yang memakan tumbuhan dan haiwan lain sebagai makanan. Saiz minimum seekor semut adalah 1 inci.
 
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 13 fakta lain tentang semut yang anda mungkin tidak pernah tahu.
 
1. Semut memiliki kekuatan yang luar biasa
 
Walaupun mempunyai saiz yang kecil, tetapi semut boleh membawa beban yang 10 hingga 100 kali ganda daripada beratnya sendiri. Jumlah bebanan yang boleh dibawa bergantung kepada spesies semut tersebut.

Menurut kajian, saiz semut yang kecil menyebabkan ototnya mempunyai keluasan keratan rentas yang lebih besar secara relatif kepada badannya.

2. Semut mempunyai dua perut
 
13 Fakta Menarik Tentang Semut
 
Semut mempunyai dua perut yang berbeza fungsinya. Salah satu perut semut adalah sebagai pusat penyimpanan makanan. Manakala bahagian yang satu lagi pula bertujuan untuk mengumpul makanan sebelum dikongsikan bersama semut lain.
 
3. Semut tidak mempunyai telinga

Semut tidak mempunyai sebarang organ pendengaran. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna semut ini pekak.

Semut menggunakan getaran sebagai alat untuk mendengar. Teknik ini digunakan untuk mencari makanan di luar dan sebagai isyarat kecemasan.

4. Semut tidak mempunyai paru-paru

13 Fakta Menarik Tentang Semut

Disebabkan saiznya yang kecil, semut tidak mempunyai ruang untuk menampung sistem pernafasan seperti manusia. 

Walau bagaimanapun, semut mempunyai sistem pernafasannya yang tersendiri. Pada badan semut, terdapat beberapa lubang-lubang kecil yang mampu menyedut oksigen untuk disalurkan ke seluruh badan.

5. Semut mempunyai kebolehan untuk berenang

Tidak semua spesies semut boleh berenang. Bagi spesies semut yang boleh berenang, mereka berenang dengan teknik renangan mereka sendiri iaitu dayungan doggy paddle dan berupaya untuk terapung dalam tempoh yang lama. 

6. Semut boleh membela serangga lain

13 Fakta Menarik Tentang Semut

Semut berkebolehan membela haiwan lain untuk dijadikan sumber makanan mereka. Antara serangga belaan semut adalah Aphids atau kutu tumbuhan.

Semut akan melindungi kutu ini daripada pemangsa semula jadi dan memberi perlindungan kepada kutu dengan membenarkannya tinggal di dalam sarang semut. Hasilnya, semut mempunyai sumber makanan berterusan.

7. Sesetengah spesies semut menghambakan semut lain

Sesetengah spesis semut seperti Polyergus Lucidus memperhambakan semut lain kerana mereka merupakan semut penakluk. Polyergus Lucidus ini akan menyerang koloni lain, menangkap dan memaksa untuk bekerja untuk mereka.

Proses ini dikenali sebagai slave raiding. Semut penakluk memperhambakan semut lain untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Semut penakluk terbahagi kepada dua iaitu, permanent social parasites yang bergantung hidup dengan semut yang diperhambakan itu dan facultative slave-makers yang tidak bergantung untuk selama-lamanya.

8. Semut membiak secara kloning

Sesetengah spesies semut seperti Amazonian tidak melalui proses biasa untuk membiak, sebaliknya mereka membiak secara kloning. Ratu semut daripada spesies ini telah mengklonkan diri mereka untuk membiak dan menghasilkan semut betina.

Hasilnya, semut spesies ini tidak mempunyai semut jantan dalam koloni mereka.

9. Terdapat lebih daripada 10,000 spesies semut di seluruh dunia

10. Semut hidup dengan cara yang sangat teratur dan mengamalkan sikap kerjasama

11. Koloni semut dipimpin oleh seekor ratu (betina) yang berfungsi untuk bertelur bagi memastikan kelangsungan koloni

12. Semut jantan hanya mempunyai peranan iaitu mengawan bersama ratu. Setelah mengawan, semut jantan akan mati

13. Semut betina bekerja mencari makanan, menjaga ratu, bekerja dan melindungi sarang serta melakukan tugas-tugas lain

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *