Darah Manusia: Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Darah Manusia: Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Posted by
Darah adalah kombinasi antara plasma dan sel-sel yang beredar di seluruh tubuh. Darah membekalkan tisu dengan zat, menyingkir bahan kumuhan, dan mengandungi pelbagai bahan sistem imunisasi bertujuan mempertahankan badan dari jangkitan kuman. 

Darah manusia juga turut menyimpan fakta-fakta menakjubkan yang tidak ramai cakna. diketahui. Berikut kami kongsikan 19 fakta saintifik tentang sistem darah manusia.

Fakta Tentang Sistem Darah Manusia

1. 1,200,000 ekor nyamuk diperlukan untuk menghisap semua darah manusia dewasa.
 
2. Walaupun kehilangan 40% darah, manusia masih boleh hidup. Walau bagaimanapun, pemindahan darah perlu dilakukan tepat pada masanya.
 
3. 20% daripada semua serangan jantung berlaku pada hari Isnin. Para saintis menganggap bahawa alasannya adalah kerana hormon stres yang berlaku pada awal minggu.
 
4. Jenis darah memberi kesan kepada kesihatan manusia. Individu dengan darah jenis O tidak terdedah kepada penyakit kardiovaskular tetapi mereka lebih mudah terkena kanser kulit atau kegemukan.
 

5. Kumpulan darah A, B dan AB lebih berisiko menghidap penyakit jantung dan kardiovaskular. Individu yang mempunyai kumpulan darah AB mempunyai 23% risiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala mereka yang mempunyai kumpulan darah B mempunyai 11% risiko dan mereka yang mempunyai kumpulan darah A mempunyai 5% risiko yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang mempunyai kumpulan darah O.

6. Individu dengan darah jenis A perlu memerhatikan tahap kolesterol dalam darah mereka. Mereka berisiko terkena penyakit jantung koronari.
 
7. Individu dengan jenis darah A lebih terdedah kepada stres. Mereka dengan kumpulan darah ini kebanyakannya memiliki tahap kortisol (hormon stres) yang lebih tinggi di dalam badan mereka, sementara jenis O menghasilkan jumlah kortisol yang paling rendah.
 
8. Individu yang mempunyai darah jenis AB perlu menjaga ingatan dan konsentrasi kerana kemungkinan gangguan kognitif pada individu AB adalah 82% lebih tinggi daripada jenis lain. Mereka lebih berisiko menghidapi demensia atau masalah ingatan.
 
Darah Manusia: Ini Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu
 
9. Kumpulan darah B kurang berisiko menghida masalah pencernaan. Dianggarkan bahawa individu yang mempunyai darah jenis B mengandungi sehingga 50,000 kali ganda bilangan bakteria berbanding dengan mereka yang mempunyai darah A atau O. Oleh itu, mereka mempunyai sistem pencernaan yang paling berdaya tahan dan tidak sensitif terhadap pemilihan makanan.
 
10. Air kelapa dapat menggantikan plasma darah hasil daripada komposisi yang serupa.
 
11. Perwatakan seseorang itu bergantung pada jenis darah. Para saintis telah menemukan kaitan antara perwatakan dan jenis darah.
 
12. Denyutan jantung mempengaruhi mood manusia. Para saintis mengkaji fenomena ini selepas seorang lelaki diberikan hati yang baru. Selepas pembedahan, fikiran, perasaan, dan tindakannya berubah serta merta.
 
13. Untuk mengurangkan risiko serangan jantung, anda perlu bangun secara perlahan pada waktu pagi dan mengurangkan intensiti senaman malam.
 
14. 7% dari berat badan manusia terdiri daripada darah
 
15. Hanya sel darah merah yang dapat mengedarkan oksigen
 
16. Hemoglobin yang menjadikan darah berwarna merah
 
17. Sel darah merah hanya bertahan selama empat bulan
 
18. Sel darah putih berkuasa untuk ‘memakan’ bakteria
 
19. Bukan semua orang boleh menderma darah
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Bright Side, Health, Hello Sehat


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *