5 Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja

5 Tanggungjawab Majikan Terhadap Pekerja

Posted by
Sebagai majikan yang bertanggungjawab, anda perlulah memenuhi keperluan pekerja-pekerja anda terutamanya dari segi kebajikan mereka.  
 
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima tanggungjawab majikan terhadap pekerja yang mungkin para majikan di luar sana terlepas pandang.
 
1. Menyediakan surat tawaran kerja
 
Anda boleh buat carian di internet atau dapatkan contoh surat dari rakan-rakan perniagaan yang lain. Surat tawaran kerja adalah bahan bukti secara hitam putih sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.
 
2. Daftar majikan untuk KWSP dan PERKESO
 
Ini adalah tanggungjawab wajib sebagai seorang majikan. Anda tidak boleh membuat persetujuan rahsia dengan pekerja untuk tidak mencarum. Anda akan dikenakan tindakan sekiranya pekerja membuat aduan kepada jabatan buruh. 
 
3. Bayar gaji selewat-lewatnya 7 hari bulan, bulan berikutnya
 
Dalam undang-undang buruh, majikan perlu membayar gaji pada atau sebelum 7 hari bulan setiap bulan berikutnya. Tetapi sekiranya ingin disayangi pekerja-pekerja anda, bayar gaji mereka paling lewat 1 hari bulan berikutnya. 
 
4. Caruman bulanan KWSP, PERKESO, SIP
 
Daftar majikan sahaja belum cukup untuk selesaikan tanggungjawab anda. Ketiga-tiga caruman wajib ini perlu anda bayar pada atau sebelum 15 hari bulan, bulan gaji berikutnya. Contohnya caruman gaji bulan Januari perlu dibayar pada atau sebelum 15 Februari. Sekiranya gagal, anda akan dikenakan penalti.
 
 
5. Caruman Potongan Cukai Bulanan (PCB)
 
Ia adalah khas untuk pekerja yang mempunyai saraan bersih yang telah diwajibkan oleh pihak LHDN. Anda sebagai majikan tidak perlu mencarum apa-apa amaun, cuma anda akan membantu LHDN menolak amaun PCB dari gaji bulanan pekerja dan bayar ke LHDN. 
 
 
Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *