Ini 5 Negara Yang Tidak Menyambut Hari Kemerdekaan

Ini 5 Negara Yang Tidak Menyambut Hari Kemerdekaan

Posted by
Hari Kemerdekaan disambut untuk menandakan pembebasan daripada kuasa penjajah. Namun, terdapat sesetengah negara yang menyambut Hari Kemerdekaan atas-atas sebab-sebab yang unik dan bukannya daripada penjajahan kuasa besar.
 
Antaranya seperti negara Singapura yang meraikan kemerdekaan daripada Malaysia, Bangladesh daripada Pakistan, Namibia daripada Afrika Selatan dan Korea Selatan daripada Jepun.
 
Tapi bagaimana pula dengan negara yang tidak pernah dijajah? Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan lima negara yang tidak menyambut Hari Kemerdekaan.
 
1. Denmark

Denmark tidak meraikan Hari Kebangsaan mahupun Hari Kemerdekaan. Namun mereka menyambut Hari Perlembagaan Negara pada setiap 5 Jun.

Tarikh tersebut dipilih berikutan perlembagaan negara Denmark yang berjaya dibentuk dua kali pada tarikh yang sama. Yang pertama pada tahun 1849 dan sekali lagi pada pindaannya pada tahun 1953.

2. Britain (United Kingdom)

Britain khususnya United Kingdom juga tidak mempunyai sambutan Hari Kemerdekaan mahupun Hari Kebangsaan.

Oleh sebab penubuhan United Kingdom disertai beberapa buah negara yang berbeza, setiap satu negara di dalam gabungan tersebut tiada Hari Kemerdekaan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, mereka menyambut beberapa sambutan berbeza antaranya negara England merayakan Hari Santo George, Wales menyambut Hari Santo David, Scotland meraikan hari Santo Andrew dan Ireland Utara memperingati Hari Santo Patrick.

Disebabkan oleh perbezaan pendapat di antara negara-negara ini, usaha untuk mencipta Hari Kebangsaaan Britain masih belum tercapai sehingga kini walaupun sudah banyak tarikh yang diusulkan bagi menyatukan sambutan Hari Kebangsaan mereka.

3. Jepun

Maharaja Jimmu

Jepun tidak menyambut Hari Kemerdekaan tetapi mereka menyambut Hari Kebangsaan iaitu pada setiap 11 Februari. Tarikh ini diambil sempena penubuhan Jepun berdasarkan hikayat Maharaja Jimmu yang merupakan pengasas asal masyarakat Jepun sekitar tahun 660SM/BC. 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang bukti kukuh yang menunjukkan legenda sejarah ini benar.

4. Thailand

Negara jiran kita Thailand juga tidak menyambut Hari Kemerdekaan kerana mereka tidak pernah berperang untuk mendapatkan kebebasan daripada sebarang pemerintahan penjajah.

Namun pada tahun 2014, Thailand mula menyambut Hari Kebangsaan Thailand pada setiap 5 Disember. Tarikh itu dipilih sempena hari lahir Raja Bhumibol yang baru sahaja melepaskan takhta pada tahun 2016.

5. Portugal

Ini 5 Negara Yang Tidak Menyambut Hari Kemerdekaan

Luis de Camoes

Berbeza dengan negara Jepun dan Thailand yang mengambil tarikh lahir raja atau tarikh penubuhan sebagai Hari Kebangsaan mereka, Portugal mengambil tarikh kematian seorang sasterawan terkenal mereka untuk dijadikan tarikh Hari Kebangsaan iaitu pada 10 Jun 1580.

Sasterawan tersebut, Luis de Camoes merupakan antara tokoh dalam sejarah yang mempunyai pengaruh besar dalam membentuk identiti baru masyarakat Portugal melalui penulisannya. Berikutan sumbangannya, beliau diangkat sebagai simbol masyarakat Portugal.

Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *