'Job Description Template' Wartawan

‘Job Description Template’ Wartawan

Posted by
Wartawan atau journalist merupakan individu yang bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang berita terkini, orang ternama, trend dan isu-isu yang relevan. 
 
Job description template untuk Wartawan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Wartawan yang boleh menyumbang dalam penerbitan berita. Calon yang berjaya akan menjadi seorang penulis yang hebat serta mampu menyebarkan maklumat kepada pembaca-pembaca kami.

Tugas seorang Wartawan termasuklah

  • Menjalankan penyelidikan untuk menyebarkan berita yang menarik dan penting
  • Mengumpul, mengesahkan dan mentafsir data
  • Menemu bual orang penting (saksi, sumber dsb.) untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
  • Menggunakan rujukan untuk menulis artikel yang baik
  • Mengekalkan kesedaran tentang sudut pandangan pembaca
  • Mendapatkan maklumat secara langsung (live) dengan hadir di tempat kejadian
  • Mematuhi kod moral profesion
  • Mengekalkan nota dan rakaman audio
  • Berkongsi maklumat dengan wartawan, editor, penerbit dan lain-lain
  • Mewujudkan kenalan dan sumber untuk digunakan dalam penyelidikan masa depan
  • Mengikuti perkembangan dengan mengkaji kertas kerja, menghadiri acara dll.

Kemahiran dan syarat kelayakan yang diperlukan

  • Pengalaman bekerja sebagai Wartawan 
  • Portfolio artikel atau siaran berita yang diterbitkan
  • Keupayaan untuk mengikuti tarikh akhir (deadlines) dan fast check information
  • Pengetahuan semasa tentang tajuk berita
  • Kemahiran komputer (MS Office, penyuntingan digital, carian web, pangkalan data)
  • Kemahiran komunikasi dan networking yang sangat baik
  • Berkebolehan dalam mengekstrak maklumat
  • Ijazah dalam kewartawanan atau bidang yang berkaitan

Berapakah kadar gaji seorang Wartawan?

Purata gaji bulanan untuk Wartawan di Malaysia adalah antara RM 2,300 hingga RM 3,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan dan saiz syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Wartawan ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *