Ini 20 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kucing

Posted by
Kucing atau si bulus merupakan haiwan peliharaan yang comel, bersifat manja dan keletahnya kadangkala mampu menghilangkan tekanan tuannya.
 
Di sebalik kecomelan mereka ini, sebenarnya terdapat fakta-fakta yang ramai tidak tahu. Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan 20 fakta menarik yang anda perlu tahu tentang kucing!
 
1. Kucing bermimpi sama seperti manusia
Ini 20 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kucing

Kucing merupakan antara haiwan mamalia yang menghabiskan 70% hidupnya untuk tidur. Mereka boleh tidur selama 15 hingga 20 jam sehari. Kucing akan bermimpi sekiranya mereka tidur lena. Cara untuk melihat sama ada kucing sedang dibuai mimpi adalah dengan melihat mata, mulut dan kaki kucing secara dekat. Sekiranya ia bergerak-gerak, kucing anda mungkin sedang bermimpi.

2. Kucing tidak mempunyai deria rasa manis

Sesetengah kucing menggemari makanan manis seperti aiskrim, gula-gula kapas dan sebagainya disebabkan oleh terkandung perisa lemak di dalam makanan tersebut. Oleh itu, elakkan memberi kucing anda makanan manis yang berlebihan agar tidak mudah dijangkiti diabetes atau penyakit lain.

3. Anak kucing tidak mendengar dan melihat
 
Anak kucing yang baru dilahirkan tidak dapat mendengar dan melihat. Mata kucing akan terbuka pada hari kelima mereka dilahirkan. Walau bagaimanapun, selepas dua minggu dilahirkan, anak-anak kucing baru dapat mendengar dan melihat dengan jelas dan mengenal pasti ibunya melalui cara menghidu.
 
4. Kucing mempunyai tingkah laku hampir sama seperti harimau

Kucing mempunyai tingkah laku hampir sama seperti harimau termasuklah meninggalkan tanda bau dengan air kencing, menerkam mangsa, mengintai dan lain-lain. Ini kerana kucing mempunyai gen sebanyak 95.6% yang hampir sama dengan harimau. 

5. Kucing tidak mempunyai 9 nyawa

Sebenarnya kucing tidak mempunyai 9 nyawa, tetapi kucing merupakan antara haiwan yang paling sihat berbanding haiwan lain. Kucing mempunyai jangka hayat hidup yang panjang iaitu antara 15 hingga 21 tahun. Kucing boleh hidup lebih lama kerana mempunyai diet yang sihat dan bebas daripada penyakit yang serius.

6. Kucing berdengkur untuk menghasilkan endorphin

Dengkuran kucing adalah bunyi getaran panjang dihasilkan dari kerongkong mereka. Kebanyakan kucing berdengkur untuk membantu menghasilkan endorphin yang menenangkan kucing serta berinteraksi dengan orang kesayangan mereka seperti anak kucing bersama ibunya.

7. Bukan semua baka kucing bencikan air!

Air adalah unsur yang asing untuk kucing kerana kucing biasanya hidup di persekitaran yang kering dengan sedikit atau tiada pendedahan kepada sumber air seperti tasik atau sungai. Kucing biasanya akan mengelak daripada air kecuali untuk tujuan hidrasi. 

Walau bagaimanapun, baka kucing seperti Turkish Angora, Bengal Cats, Norwegian Forest dan Maine Coon sukakan air dan mereka boleh menghabiskan masa bermain dengan air.

8. Kucing lebih suka ruang kecil dan tertutup iaitu kotak!

Ini 20 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kucing

Kalau anda perasan, kucing sangat sukakan kotak. Bagi mereka, kotak memberikan perlindungan daripada sebarang ancaman.

Artikel berkaitan: 5 Sebab Kenapa Kucing Sangat Suka Kotak

9. Kucing melihat manusia sebagai ibu bapa

Para saintis percaya bahawa kucing melihat manusia dengan cara yang sama seperti anak kucing melihat ibu mereka.

Pada tahun 2019, kajian mendapati bahawa kucing melihat manusia sebagai ibu bapa mereka. Anak kucing dalam kajian itu kelihatan sangat tertekan apabila penjaganya pergi dan akan bertukar menjadi menjadi gembira apabila penjaganya pulang.

10. Kucing boleh merasakan emosi manusia

Kalau anda perhatikan, kucing akan menghampiri ketika anda sedih. Ada ketikanya mereka akan cuba menghiburkan hati tuan mereka dengan kelatah comel mereka.

11. Kucing boleh memutarkan telinganya sehingga 180 darjah. Kucing mempunyai 32 jaringan otot yang bantu menggerakkan telinga mereka.

12. Kucing mampu melompat sejauh 6 kali panjang badan mereka dan boleh berlari selaju 48km/jam.

13. Kucing perlukan vaksinasi untuk kesihatan mereka.

14. Waktu aktif kucing adalah pada waktu senja dan awal pagi. 

15. Kucing mempunyai lidah yang kasar dan ia boleh menjilat cebisan daging dari tulang dan meninggalkannya bersih dari daging.

16. Kucing mengiau untuk menyapa, menarik perhatian ataupun sebagai tanda mereka inginkan makanan, permainan atau kasih sayang daripada tuannya.

Ini 20 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kucing
Kredit gambar: Washington Post

17. Kucing suka disentuh dan dibelai di bahagian muka terutamanya di bahagian dagu, pipi dan kepala.

18. Bahagian yang tidak disukai kucing untuk disentuh adalah ekor kerana ia akan menyebabkan kucing berasa tidak selesa.

19. Kucing mempunyai mata yang unik dan ia memberikan maksud yang tersendiri. Anak mata kucing akan berubah-ubah mengikut mengikut keadaan tertentu.

Artikel berkaitan: Reading Your Cat’s Eyes

20. Kucing merupakan haiwan pemburu yang jauh lebih baik berbanding anjing. Kucing mampu hidup lebih lama di kawasan hutan liar berbanding anjing.
 
Semoga perkongsian kami ini memberi ilmu baru buat anda.  

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *