Selain itu, Doktor Haiwan juga perlu melakukan pembedahan ke atas haiwan yang cedera, merawat luka, memandul dan mensterilkan haiwan serta memberi ubat.
Huraian kerja
Kami sedang mencari Doktor Haiwan untuk mendiagnosis dan merawat haiwan pelanggan-pelanggan kami. Klinik kami pakar dalam pengurusan haiwan seperti anjing, kucing dan kadangkala haiwan yang lebih kecil.
Tugas seorang Doktor Haiwan termasuklah
- Memeriksa haiwan dan menyemak status kesihatan mereka
- Mendiagnosis penyakit dan menentukan rawatan terbaik
- Merawat luka haiwan yang cedera
- Melakukan pembedahan pergigian, oftalmik dan ortopedik
- Memberi vaksin kepada haiwan untuk mencegah penyakit
- Memandulkan kucing dan anjing mengikut keperluan
- Memberikan ubat
- Menasihat pemilik haiwan peliharaan tentang pemakanan, penjagaan kesihatan serta pencegahan dan penjagaan am
- Mengemas kini rekod pelanggan
Syarat kelayakan
- Mempunyai pengalaman kerja sebagai Doktor Haiwan, Juruteknik Veterinar atau Pembantu Veterinar
- Berpengalaman dalam menjalankan pelbagai jenis pembedahan, vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan
- Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perubatan (cth. mesin X-ray) dan prosedur anestesia
- Mahir menyelesaikan masalah
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik serta keupayaan untuk menerangkan terma perubatan menggunakan bahasa yang mudah
- Ketersediaan untuk melaksanakan syif malam atau hujung minggu sekiranya mempunyai kes kecemasan
- Sabar dan sayangkan haiwan
- Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM)
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Doktor Haiwan?
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com