'Job Description Template' Doktor Haiwan

‘Job Description Template’ Doktor Haiwan

Posted by
Doktor haiwan atau Veterinarian adalah individu yang merawat haiwan serta menjalankan penyelidikan penyakit dan kecederaan terhadap haiwan. Lazimnya, Doktor Haiwan adalah individu yang suka berada di sekeliling haiwan dan komited untuk menawarkan penjagaan kesihatan yang terbaik kepada si comel.

Selain itu, Doktor Haiwan juga perlu melakukan pembedahan ke atas haiwan yang cedera, merawat luka, memandul dan mensterilkan haiwan serta memberi ubat. 

Job description template untuk Doktor Haiwan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Doktor Haiwan untuk mendiagnosis dan merawat haiwan pelanggan-pelanggan kami. Klinik kami pakar dalam pengurusan haiwan seperti anjing, kucing dan kadangkala haiwan yang lebih kecil.

Tugas seorang Doktor Haiwan termasuklah

  • Memeriksa haiwan dan menyemak status kesihatan mereka
  • Mendiagnosis penyakit dan menentukan rawatan terbaik
  • Merawat luka haiwan yang cedera
  • Melakukan pembedahan pergigian, oftalmik dan ortopedik
  • Memberi vaksin kepada haiwan untuk mencegah penyakit
  • Memandulkan kucing dan anjing mengikut keperluan
  • Memberikan ubat
  • Menasihat pemilik haiwan peliharaan tentang pemakanan, penjagaan kesihatan serta pencegahan dan penjagaan am
  • Mengemas kini rekod pelanggan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Doktor Haiwan, Juruteknik Veterinar atau Pembantu Veterinar
  • Berpengalaman dalam menjalankan pelbagai jenis pembedahan, vaksinasi dan pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan
  • Mempunyai pengetahuan tentang peralatan perubatan (cth. mesin X-ray) dan prosedur anestesia
  • Mahir menyelesaikan masalah
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang sangat baik serta keupayaan untuk menerangkan terma perubatan menggunakan bahasa yang mudah
  • Ketersediaan untuk melaksanakan syif malam atau hujung minggu sekiranya mempunyai kes kecemasan
  • Sabar dan sayangkan haiwan
  • Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan Veterinar (DVM)

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Doktor Haiwan?

Purata gaji bulanan untuk Doktor Haiwan di Malaysia adalah antara RM 4,000 hingga RM 4,900.
 
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.
 
Siarkan iklan huraian kerja Doktor Haiwan ini melalui Jobstore.com sekarang!
 
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *