'Job Description Template' Krew Kabin

‘Job Description Template’ Krew Kabin

Posted by

Krew Kabin atau Cabin Crew adalah adalah ahli-ahli pesawat udara yang digunakan oleh syarikat penerbangan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang di dalam penerbangan komersil, pesawat jet perniagaan pilihan dan juga pesawat tentera. 

Job description template untuk Krew Kabin ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Krew Kabin yang mampu mencipta pengalaman penerbangan yang menyenangkan untuk penumpang kami. Anda akan dapat bekerja secara autonomi, mengambil inisiatif dan bekerjasama dengan rakan sekerja untuk membantu penumpang menikmati masa mereka di atas kapal.

Matlamatnya adalah untuk menjamin pembangunan kewangan kami dengan menjadikan syarikat kami sebagai hos yang boleh dipercayai.

Tugas seorang Krew Kabin termasuklah

  • Memahami tugasan yang diberikan semasa penerbangan dan bertindak sebaik mungkin
  • Memastikan kepuasan penumpang dengan menjawab soalan dan menawarkan bantuan kepada mereka
  • Memeriksa kabin sebelum berlepas untuk memastikan pematuhan kepada peraturan keselamatan
  • Menyambut kedatangan penumpang di atas kapal dan bantu ke tempat duduk mereka jika perlu
  • Hidangkan makanan dan minuman serta menjual produk
  • Memberikan tutorial ‘keselamatan’ dengan cara yang betul
  • Memantau kabin dengan kerap sepanjang tempoh penerbangan
  • Mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan
  • Bertenang dan menawarkan bantuan kepada penumpang sekiranya berlaku kecemasan
  • Memberi perhatian khusus kepada penumpang berkeperluan khas (kanak-kanak, orang kurang upaya, warga emas dll)
  • Menyediakan laporan yang tepat mengenai sebarang isu atau kejadian penting

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Krew Kabin atau pengalaman perkhidmatan pelanggan yang berkaitan
  • Kefasihan dalam bahasa Inggeris, pengetahuan bahasa tambahan adalah satu kelebihan 
  • Kemahiran asas dalam MS Office
  • Mempunyai penampilan bersih dan profesional 
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan presentation skills yang baik
  • Bersifat tenang dan sabar ketika menyelesaikan masalah
  • Memiliki pensijilan atau latihan krew kabin

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Krew Kabin?

Purata gaji bulanan untuk Krew Kabin di Malaysia adalah antara RM 2,000 hingga RM 4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Krew Kabin ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *