'Job Description Template' Pengurus Projek

‘Job Description Template’ Pengurus Projek

Posted by

Pengurus Projek atau Project Manager adalah individu profesional yang bertanggungjawab memastikan pasukan (team) mereka menyelesaikan semua projek tepat pada masanya dan mengikut bajet.

Job description template untuk Pengurus Projek ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Pengurus Projek yang berpengalaman untuk menguruskan organisasi projek pelanggan kami.

Tugas seorang Pengurus Projek termasuklah

  • Menyelaraskan sumber dalaman dan pihak ketiga/vendor untuk pelaksanaan projek yang sempurna
  • Memastikan semua projek dihantar tepat pada masanya, dalam skop dan dalam bajet yang telah ditetapkan
  • Membangunkan skop dan objektif projek, melibatkan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan memastikan kebolehlaksanaan teknikal
  • Memastikan ketersediaan dan peruntukan sumber
  • Membangunkan pelan projek terperinci untuk track progress
  • Menggunakan teknik pengesahan yang sesuai untuk mengurus perubahan dalam skop projek, jadual dan kos
  • Mengukur prestasi projek menggunakan sistem, alatan dan teknik yang sesuai
  • Melaporkan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan jika perlu
  • Menjawab soalan-soalan berkaitan dengan pelanggan dan semua pihak berkepentingan
  • Melakukan pengurusan risiko untuk meminimumkan risiko projek
  • Mewujudkan dan mengekalkan hubungan dengan pihak ketiga/vendor
  • Membuat dan menyimpan dokumentasi projek yang komprehensif

Syarat kelayakan

  • Mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat, sebaik-baiknya dalam bidang sains komputer atau kejuruteraan untuk pengurus projek teknikal
  • Mempunyai pengalaman bekerja sebagai pentadbir projek dalam sektor teknologi maklumat
  • Mempunyai latar belakang teknikal yang kukuh, dengan pemahaman atau pengalaman praktikal dalam pembangunan perisian dan teknologi web
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Mempunyai kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang sangat baik
  • Mempunyai kemahiran organisasi yang baik termasuk perhatian terhadap perincian dan kemahiran multi-tasking
  • Mempunyai pengetahuan yang baik tentang Microsoft Office

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Projek?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Projek di Malaysia adalah antara RM 7,250 hingga RM 9,750.

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Projek ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *