'Job Description Template' Pereka UI/UX

‘Job Description Template’ Pereka UI/UX

Posted by
Pereka UI/UX atau UI/UX Designer adalah individu profesional yang mengenal pasti peluang baharu untuk mencipta pengalaman pengguna yang lebih baik. Pereka UI/UX mencipta antara muka pengguna (user interface) untuk apl, website atau media interaktif lain.
 
Job description template untuk Pereka UI/UX ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja

Kami sedang mencari Pereka UI/UX untuk menukar perisian kami kepada produk yang mudah digunakan oleh pelanggan kami.

Tanggungjawab Pereka UI/UX termasuklah mengumpulkan keperluan pengguna, mereka bentuk elemen grafik dan membina komponen navigasi. Untuk berjaya dalam peranan ini, anda perlu mempunyai pengalaman dengan perisian reka bentuk dan alat rangka wayar. 

Tugas seorang Pereka UI/UX termasuklah

  • Mengumpul dan menilai keperluan pengguna dengan kerjasama pengurus produk 
  • Menggambarkan idea reka bentuk menggunakan storyboard, aliran proses dan peta laman (sitemaps)
  • Mereka bentuk graphic user interface elements seperti menu, tab dan widget
  • Membina butang navigasi halaman dan medan carian (search fields)
  • Membangunkan mockup dan prototaip UI yang menggambarkan dengan jelas cara tapak (sites) berfungsi
  • Mencipta reka bentuk grafik asal (cth. imej, lakaran dan jadual)
  • Menyediakan dan membentangkan draf kasar kepada pasukan dalaman dan pemegang kepentingan utama
  • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah UX (mis. responsif)
  • Menjalankan pelarasan reka letak berdasarkan maklum balas pengguna
  • Mematuhi standard gaya pada fon, warna dan imej

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja sebagai Pereka UI/UX atau peranan yang serupa
  • Portfolio projek reka bentuk
  • Mempunyai pengetahuan tentang alatan wireframe (cth. Wireframe.cc dan InVision)
  • Mempunyai pengetahuan terkini tentang perisian reka bentuk seperti Adobe Illustrator dan Photoshop
  • Memiliki semangat berpasukan; kemahiran komunikasi yang kuat untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan
  • Kemahiran pengurusan masa yang baik
  • Ijazah dalam Reka Bentuk, Sains Komputer atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada jenis kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pereka UI/UX?

Purata gaji bulanan untuk Pereka UI/UX di Malaysia adalah antara RM 3,000 hingga RM 6,000.

* Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pereka UI/UX ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
 
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! 

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *