'Job Description Template' Juruteknik Komputer

‘Job Description Template’ Juruteknik Komputer

Posted by

Juruteknik Komputer/Juruteknik PC/ Juruteknik Pembaikan PC atau Computer Technician adalah individu profesional yang mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berkaitan komputer.

Seorang Juruteknik Komputer mempunyai pengetahuan dan pengalaman untuk membaiki dan menyelenggara perkakasan komputer, perisian dan rangkaian/masalah internet. 

Job description template untuk Juruteknik Komputer ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruteknik Komputer yang berkelayakan untuk memasang, menyelenggara dan membaiki komputer dan rangkaian (networks). Tugas anda adalah untuk memastikan bahawa infrastruktur IT berada di tempat yang sepatutnya dan digunakan dengan keupayaan yang maksimum.

Sebagai seorang Juruteknik Komputer, anda perlu mahir dalam sistem komputer dan fungsi rangkaian (network functions)

Tugas seorang Juruteknik Komputer termasuklah:

  • Memasang, mengkonfigurasi, mengendalikan, dan mengekalkan peralatan komputer serta rangkaian
  • Mengesan dan menyelesaikan masalah perisian dan perkakasan, menyediakan sokongan teknikal kepada pengguna, serta memastikan sistem komputer berfungsi dengan lancar
  • Terlibat dalam merancang dan mengurus projek teknologi maklumat, memastikan keselamatan data dan rangkaian, serta mengemaskini perisian dan peralatan mengikut keperluan semasa
  • Penyelenggaraan penyimpanan data, memantau prestasi sistem, dan memberikan latihan asas kepada pengguna untuk penggunaan peralatan dan perisian

Syarat kelayakan

  • Memiliki Diploma atau ijazah dalam bidang Komputer Sains, Teknologi Maklumat, atau bidang berkaitan
  • Memahami asas pengaturcaraan, rangkaian komputer, perisian sistem, perkakasan komputer, dan teknologi rangkaian
  • Memiliki kebolehan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah teknikal dengan cepat dan berkesan
  • Boleh berkomunikasi dengan jelas dan efektif dengan rakan sekerja dan klien untuk memahami dan menyelesaikan isu
  • Boleh menganalisis data teknikal dan mengenal pasti trend serta masalah 
  • Memahami pelbagai sistem operasi termasuk Windows, Linux, atau MacOS
  • Boleh menangani pelbagai tugas teknikal dalam tempoh masa yang sama (multitasking)
  • Mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan, pembaikan, atau pengurusan sistem komputer adalah diutamakan.
  • Boleh bertindak pantas dan tepat dalam menyelesaikan masalah teknikal
  • Boleh bekerjasama dalam pasukan, berkomunikasi dengan pelanggan, dan memberikan sokongan teknikal yang berkualiti

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruteknik Komputer?

Purata gaji bulanan untuk Juruteknik Komputer di Malaysia adalah antara RM 2,000 hingga RM 4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruteknik Komputer ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

 Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *