10 Perkara Penting Setiap Iklan Kerja Kosong Perlu Ada

10 Perkara Penting Setiap Iklan Kerja Kosong Perlu Ada

Posted by

Iklan kerja kosong di Malaysia datang dalam pelbagai jenis dan gaya. Kualiti iklan kerja kosong (reka bentuk, warna yang digunakan) dan maklumat yang disertakan menentukan kualiti calon yang memohon. 

Berikut adalah 10 perkara penting yang akan membantu memastikan anda attract calon yang sesuai untuk memohon jawatan kosong di syarikat anda.

1. Tulis tajuk pekerjaan/nama jawatan dengan tepat

10 Perkara Penting Setiap Iklan Kerja Kosong Perlu Ada

Tajuk pekerjaan/nama jawatan selalunya akan memberi first impression kepada pencari kerja. Apabila pencari kerja melihat iklan kerja kosong anda, tajuk pekerjaan/nama jawatan yang ditulis akan menentukan sama ada mereka akan klik atau membiarkannya sahaja. 

Jangan gunakan ayat atau singkatan yang tidak akan difahami oleh orang lain. Tidak kira apa jua jawatan sekalipun, iklan kerja kosong anda perlu menggunakan tajuk pekerjaan/nama jawatan yang tepat dan mencerminkan tugasan/tanggungjawab yang mereka akan laksanakan.

Artikel berkaitan: Tips and Tools for Writing Great Job Titles (for Your Job Descriptions)

2. Pastikan ringkasan kerja (job summary) anda menarik

Melalui iklan kerja kosong anda, pencari kerja bukan sahaja ingin tahu pekerjaan apa yang mereka akan mohon tetapi juga mereka ingin tahu sedikit sebanyak tentang budaya syarikat anda. 

Tujuan iklan kerja kosong anda adalah untuk attract pencari kerja untuk memohon kerja kosong di syarikat anda. Oleh itu, sekiranya ringkasan (job summary) kerja kosong anda tidak menarik, anda sebenarnya telah kehilangan peluang untuk menarik perhatian calon-calon yang berpotensi.

3. Senaraikan tugas dan tanggungjawab

Bahagian ini membolehkan anda menulis gambaran ringkas tentang jawatan yang anda iklankan. Dengan menulis tugas serta tanggungjawab yang anda perlukan untuk jawatan tersebut, anda sedikit sebanyak telah memberitahu pemohon apa yang mereka akan lakukan apabila mereka mendapat pekerjaan tersebut.

Anda perlu jujur dan tepat apabila menulis tugas dan tanggungjawab ini kerana anda mahu pemohon mengambil serius dengan perkara ini.

4. Nyatakan lokasi

Sekiranya pejabat anda berada jauh di tengah-tengah bandar, nyatakannya di dalam iklan kerja kosong. Maklumkan kepada pemohon lokasi syarikat anda dalam iklan kerja kosong dan biarkan mereka memutuskan sendiri jika ia sesuai untuk mereka.

5. Sertakan kadar gaji yang anda tawarkan

Dengan meletakkan kadar gaji dalam iklan kerja kosong anda, ia akan memastikan setiap pemohon yang memohon akan berasa selesa dan yakin dengan kadar gaji yang anda tawarkan. 

Banyak syarikat yang membazir masa dengan menemuduga calon yang meminta gaji yang yang mereka tidak mampu untuk bayar.

6. Bahagikan antara kemahiran yang diperlukan (wajib) dan yang diingini (sekiranya ada adalah satu kelebihan)

Pastinya anda menginginkan calon yang mempunyai kemahiran atau kelayakan khusus yang diperlukan oleh calon untuk mengisi sesuatu jawatan. 

Walau bagaimanapun, terdapat juga kemahiran yang sekiranya calon memilikinya ia adalah satu kelebihan.

Asingkan antara satu sama lain kerana ia bukan perkara yang sama dan tidak boleh disertakan sekali.

7. Sertakan faedah syarikat

10 Perkara Penting Setiap Iklan Kerja Kosong Perlu Ada

Bukan semua syarikat mampu memberikan faedah (benefits) yang menarik! Di sinilah faedah syarikat anda memainkan peranan! 

Sekiranya syarikat anda menawarkan percutian mingguan tambahan, nyatakannya dalam iklan kerja kosong anda. Tuliskan juga faedah perubatan, pelan bonus atau insentif tambahan. 

Beritahu pemohon betapa anda menghargai pekerja dengan memperincikan faedah hebat yang syarikat anda tawarkan.

8. Perincikan proses permohonan

Perincikan dengan tepat bagaimana pemohon perlu memohon. Nampak macam mudah tetapi jika iklan kerja kosong anda tiada langkah ini, anda mungkin akan kehilangan calon yang sesuai. 

Jangan menganggap pemohon tahu apa yang perlu mereka lakukan, hanya kerana anda tahu prosesnya.

9. Minta bantuan orang lain untuk semak iklan kerja kosong anda

Dapatkan rakan sekerja untuk proofread iklan kerja kosong anda dan berikan maklum balas yang jujur ​​tentang apa-apa yang anda mungkin terlepas atau perlu ditambah baik. 

Apa yang anda siarkan dalam iklan kerja kosong perlu mencerminkan jenama dan budaya syarikat anda. Pastikan anda membetulkan sebarang ralat dan memberikan impression yang baik kepada pemohon yang memohon jawatan kosong di syarikat anda.

10. Dapatkan bantuan untuk siarkan iklan kerja kosong anda

Sekiranya anda memerlukan tempat atau platform untuk siarkan iklan kerja kosong anda, kami di Jobstore boleh bantu! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.

Kesimpulannya, kualiti iklan kerja kosong (reka bentuk, warna yang digunakan) serta maklumat yang ditulis dalam iklan kerja kosong boleh mempengaruhi kualiti baik dan buruk calon yang memohon. 

Pastikan iklan kerja kosong anda menyediakan 10 perkara utama ini!

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan di luar sana.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *