'Job Description Template' Pakar SEO

‘Job Description Template’ Pakar SEO

Posted by

Pakar SEO atau SEO Specialist adalah individu profesional yang mempunyai kepakaran dalam penyelidikan dan analisis. Mereka adalah profesional SEO yang boleh meningkatkan ranking website dalam organic search results.

Job description template untuk Pakar SEO ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar SEO/SEM untuk menguruskan semua aktiviti pengoptimuman enjin carian (search engine) dan aktiviti pemasaran.

Anda akan bertanggungjawab untuk menguruskan semua aktiviti SEO seperti strategi kandungan, pembinaan pautan (link building) dan strategi kata kunci (keyword strategy) untuk meningkatkan kedudukan pada semua rangkaian carian utama. Anda juga akan mengurus semua kempen SEM di Google, Yahoo dan Bing untuk memaksimumkan ROI.

Tugas seorang Pakar SEO termasuklah:

  • Melaksanakan ujian (execute test), mengumpul dan menganalisis data dan keputusan, mengenal pasti trends dan insights untuk mencapai ROI maksimum dalam kempen carian berbayar (paid search campaigns)
  • Menjejaki, melaporkan dan menganalisa website analytics serta PPC initiatives dan campaigns
  • Mengurus perbelanjaan kempen, stay on budget, membuat anggaran kos bulanan dan menyelaraskan percanggahan
  • Mengoptimumkan copy dan landing pages untuk pemasaran enjin carian (search engine marketing)
  • Melakukan penemuan kata kunci (keyword discovery) yang berterusan, expansion dan optimization
  • Menyelidik dan melaksanakan cadangan pengoptimuman enjin carian (search engine optimization recommendations)
  • Menyelidik dan menganalisis pautan pengiklanan pesaing
  • Membangunkan dan melaksanakan strategi pembinaan pautan (implement link building strategy)
  • Bekerjasama dengan development team untuk memastikan SEO dilaksanakan dengan betul pada kod yang baru dibangunkan
  • Bekerjasama dengan pasukan editorial dan pemasaran untuk memacu SEO dalam penciptaan kandungan dan pengaturcaraan kandungan (content programming)
  • Mengesyorkan perubahan pada website architecture, kandungan dan faktor lain untuk meningkatkan kedudukan SEO bagi target keywords.

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman dalam SEO 
  • Mempunyai pengalaman SEM untuk mengurus kempen PPC merentas Google, Yahoo dan Bing.
  • Mempunyai pemahaman tentang pemasaran prestasi, conversion dan online customer acquisition
  • Memiliki pengalaman mendalam dengan alat analitis tapak web (cth, Google Analytics, NetInsight, Omniture, WebTrends)
  • Mempunyai pengalaman dengan bid management tools (cth, Click Equations, Marin, Kenshoo, Search Ignite)
  • Berpengalaman dengan A/B dan multivariate experiments
  • Mempunyai pengetahuan kerja tentang HTML, CSS, dan JavaScript development and constraints
  • Mempunyai pengetahuan tentang ranking factors dan algoritma enjin carian (search engine algorithms)
  • Up-to-date dengan trend terkini dan dalam SEO dan SEM
  • Ijazah dalam bidang kuantitatif

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar SEO?

Purata gaji bulanan untuk Pakar SEO di Malaysia adalah antara RM 3,000 hingga RM 8,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pakar SEO ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *