Pengurus Jualan atau Sales Manager adalah individu profesional yang bertanggungjawab ke atas kejayaan jualan syarikat mereka.
Pengurus Jualan akan menetapkan goals untuk team mereka dan menghasilkan laporan ramalan bulanan (monthly forecasting reports) untuk melihat prestasi team dalam mencapai target.
Job description template untuk Pengurus Jualan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pengurus Jualan untuk membantu memenuhi pemerolehan pelanggan (customer acquisition) dengan memastikan syarikat kami berdaya saing.
Anda akan bertanggungjawab untuk memaksimumkan potensi sales team kami, merangka rancangan jualan dan menerangkannya kepada pihak pengurusan atasan.
Tugas seorang Pengurus Jualan termasuklah:
- Mencapai sasaran jualan di samping berjaya menguruskan sales team
- Mereka bentuk dan melaksanakan pelan perniagaan strategik
- Membina hubungan baik dengan pelanggan, bekerjasama dengan pelanggan serta memahami keperluan pelanggan
- Membentangkan laporan jualan, hasil dan perbelanjaan serta ramalan realistik kepada pengurusan atasan
- Mengenal pasti pasaran yang baru muncul (emerging markets) dan market shifts sambil mengetahui tentang produk baharu dan status persaingan
Syarat kelayakan
- Memiliki Ijazah dalam pentadbiran perniagaan atau bidang yang berkaitan
- Mempunyai pengalaman sebagai wakil jualan atau pengurus jualan
- Komited terhadap ilmu yang berterusan melalui bengkel, seminar dan persidangan
- Menunjukkan kebolehan untuk berkomunikasi dan boleh dipercayai di semua peringkat organisasi
- Menyukai bidang perniagaan
- Memiliki kemahiran/skil mentoring dan coaching
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Jualan?
Purata gaji bulanan untuk Pengurus Jualan di Malaysia adalah antara RM 5,750 hingga RM 8,250.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Jualan ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com