'Job Description Template' Store Manager

‘Job Description Template’ Store Manager

Posted by

Store Manager atau Pengurus Kedai adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengawasi operasi harian kedai agar ia berjalan lancar. Tugas Pengurus Kedai termasuklah memotivasikan sales team dengan perkhidmatan pelanggan (customer service) yang cemerlang.

Job description template untuk Store Manager ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Store Manager yang bertanggungjawab ke atas pengurusan keseluruhan kedai. Anda perlu meningkatkan kepuasan pelanggan, memenuhi matlamat jualan dan keuntungan serta mengurus staf dengan berkesan. 

Tugas seorang Store Manager termasuklah:

  • Membangunkan strategi perniagaan untuk meningkatkan kumpulan pelanggan kami, mengembangkan trafik kedai dan mengoptimumkan keuntungan
  • Memenuhi matlamat jualan dengan melatih, memotivasi, membimbing dan memberikan maklum balas kepada staf jualan
  • Memastikan tahap kepuasan pelanggan adalah memuaskan dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang
  • Menyelesaikan pentadbiran stor dan memastikan pematuhan dasar dan prosedur 
  • Mengekalkan keadaan kedai yang cemerlang dan piawaian dagangan visual (visual merchandising standards)
  • Melaporkan trend pembelian, keperluan pelanggan, keuntungan dll.
  • Mencadangkan idea inovatif untuk meningkatkan bahagian pasaran
  • Menjalankan penilaian prestasi staf untuk menilai keperluan latihan dan membina laluan kerjaya
  • Menangani semua isu yang timbul daripada staf atau pelanggan (aduan, rungutan dll.)
  • Menjadi contoh kepada staf lain dengan menunjukkan tingkah laku yang baik

Syarat kelayakan

  • Berpengalaman sebagai Store Manager
  • Memiliki kemahiran kepimpinan dan sukakan perniagaan
  • Memiliki kemahiran pengurusan pelanggan
  • Mempunyai kemahiran organisasi yang kuat
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik
  • Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Store Manager?

Purata gaji bulanan untuk Store Manager di Malaysia adalah antara RM 3,600 hingga RM 5,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat.

Siarkan iklan huraian kerja Store Manager ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *