Kemurungan adalah penyakit mental yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan serta menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terjejas.
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan enam jenis kemurungan yang wujud, bergantung kepada keadaan tertentu.
1. Gangguan kemurungan utama (major depressive disorder)
Kemurungan jenis ini dikenali sebagai kemurungan klinikal yang boleh menjejaskan kelakuan, emosi serta fungsi fizikal kehidupan seharian seseorang manusia seperti kualiti tidur dan selera makan.
Mereka yang mengalami kemurungan jenis ini akan hilang minat dalam aktiviti-aktiviti yang mereka gemari dan sering merasa hidup mereka tidak lagi bermakna.
2. Gangguan depresi berterusan (persistent depressive disorder)
Jenis kemurungan ini juga dikenali sebagai dysthymia iaitu kemurungan tahap rendah yang kronik.
Individu yang menghidap kemurungan jenis ini akan mempunyai perasaan sedih yang sangat mendalam dan kerap kali berasa berputus asa. Mereka juga akan kekurangan tenaga dan ketidakpastian dalam membuat keputusan.
Ia lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki, dan separuh daripada kes-kes yang berlaku adalah kes-kes yang serius.
3. Gangguan bipolar (bipolar disorder)
Kemurungan jenis ini dahulunya dikenali sebagai manic depression tetapi istilah ini tidak lagi diguna pakai dalam bidang perubatan masa kini.
Gangguan bipolar melibatkan perubahan mood secara drastik sama ada terlalu sedih (kemurungan) atau terlalu gembira (mania).
Perubahan mood inilah yang menentukan jenis gangguan bipolar manakah yang dihidapi oleh seseorang individu itu.
Artikel berkaitan: Tanda Penyakit Bipolar Disorder
4. Kemurungan psikotik (psychotic depression)
Kemurungan psikotik adalah kemurungan yang disertai dengan beberapa bentuk psikosis seperti halusinasi dan khayalan.
Kemurungan jenis ini dianggap sebagai kecemasan psikiatri dan memerlukan mereka untuk dimasukkan ke wad psikiatri.
5. Kemurungan bermusim (seasonal depression)
Kemurungan bermusim atau nama saintifiknya Seasonal Affective Disorder (SAD) adalah kemurungan yang berkaitan dengan perubahan bermusim.
Kemurungan ini seperti ‘menarik’ sejumlah tenaga dan membuatkan emosi terganggu
Artikel berkaitan: Apa Itu Gangguan Afektif Bermusim?
6. Kemurungan selepas bersalin (postpartum depression)
80 peratus wanita akan mengalami simptom kemurungan selepas bersalin antaranya perubahan emosi, kesedihan serta keletihan.
Mereka akan mempunyai perasaan yang buruk terhadap diri sendiri dan lebih teruk jika mereka mula merasa tidak guna untuk hidup.
Namun, tanda-tanda ini akan berkurangan selepas dua minggu bersalin.
Artikel berkaitan: Kemurungan Selepas Bersalin Boleh Membawa Maut?
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru untuk anda semua.
Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com