Jangan Sebut 5 Perkataan Ini Kepada Pekerja Anda!

Jangan Sebut 5 Perkataan Ini Kepada Pekerja Anda!

Posted by

Cara pengurusan seorang majikan di tempat kerja akan mempengaruhi pekerja-pekerja dari segi budaya kerja, motivasi dan pertumbuhan kerjaya mereka.

Menjadi majikan bukan hanya tentang memberikan arahan. Matlamat seorang majikan adalah untuk menjadikan konflik menjadi sebuah peluang untuk pembelajaran dan pembangunan. 

Nada suara, ekspresi muka, dan yang perkataan yang anda gunakan di tempat kerja adalah penting untuk memastikan pekerja-pekerja anda tidak terasa hati atau berfikiran buruk terhadap anda.

Berikut adalah lima perkataan yang berpotensi merosakkan hubungan anda dengan pekerja.

1. “Saya tak bayar awak supaya saya yang buat kerja ni.”

    “Boleh tak awak yang fikirkan masalah ni?”

Apabila pekerja datang kepada anda untuk mendapatkan bantuan, mereka sebenarnya sedang dalam keadaan buntu dan hilang arah.

Sebagai majikan, anda perlu sentiasa bersedia untuk memberikan bimbingan kepada pekerja sekiranya perlu.

Sebaliknya, katakan: “Apakah rancangan awak dalam situasi ini?” atau “Apa yang anda nak saya bantu dalam projek ini?”

2. “Awak bertuah dapat kerja dekat sini.”

Anda hire pekerja disebabkan kemahiran, pengalaman dan potensi sumbangan mereka kepada syarikat. Mereka tidak perlu berterima kasih kepada anda kerana mengambil mereka bekerja.

Sebaliknya, tunjukkan kepada pekerja anda bahawa anda menghargai kehadiran mereka sebagai sebahagian daripada team anda.

Sebaliknya, katakan: “Saya gembira syarikat saya ada pekerja macam awak untuk sama-sama menyelesaikan masalah.” 

3. “Tak.”

Berkata tak/tidak kepada pekerja adalah seolah-olah seperti anda tidak mengambil kisah tentang idea dan pendapat mereka. 

Tindakan ini seperti menghalang pemikiran kreatif mereka. Ia hanya akan menjadikan pekerja takut untuk menyuarakan sebarang idea atau pendapat pada masa akan datang.

Sebaliknya, katakan: “Terima kasih untuk idea awak. Pernahkah awak fikirkan tentang ___?”

4. “Kami dah pernah buat sebelum ini.”

Anda tidak mahu team anda merasakan seperti mereka tidak membawa apa-apa manfaat kepada syarikat. Syarikat anda perlu terus berkembang supaya ia boleh terus maju – idea baharu adalah satu caranya.

Sebaliknya, katakan: “Apakah pilihan lain yang awak lihat?” atau “Bolehkah awak fikirkan cara lain untuk selesaikan masalah ini tanpa [masukkan isu di sini]?”

5. “Saya akan pertimbangkan perkara ini.”

Apabila anda menyebut perkataan ini, pekerja anda seolah-olah mendengar “Saya tak berniat untuk mempertimbangkan apa yang awak katakan tadi.” 

Kalau anda tidak mahu mempertimbangkan cadangan pekerja anda, beritahu mereka sebabnya agar mereka boleh belajar daripada kesalahan.

Sebagai majikan, anda lebih tahu tentang sesuatu situasi berbanding pekerja anda. Kongsi ilmu bersama mereka. 

Sebaliknya, katakan: “Ia adalah idea yang baik. Tapi kalau awak boleh fikirkan cara lain untuk mengatasi masalah ini, saya sudi mendengar.”

Kesimpulannya, jadilah majikan terbaik kepada pekerja-pekerja anda. Anda bukan sahaja bertanggungjawab ke atas syarikat, tetapi pekerja-pekerja anda juga. Mereka akan sentiasa bergantung pada maklum balas dan sokongan daripada anda. 

Semoga perkongsian kami ini memberi panduan buat para majikan dan perekrut di luar sana.

Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk kongsi dan siarkan peluang pekerjaan di syarikat anda.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips-tips bermanfaat untuk para majikan dan perekrut (recruiter).


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *