'Job Description Template' Pereka Dalaman

‘Job Description Template’ Pereka Dalaman

Posted by

Pereka Dalaman atau Interior Designer adalah individu profesional yang mengubah ruang dalaman menjadi kawasan yang selamat, berfungsi dan menarik untuk dilihat (secara visual).

Pereka Dalaman merancang penggunaan ruang secara strategik, dan akan memilih palet warna dan lekapan lampu untuk memberikan suasana yang menarik dalam tetapan yang berbeza.

Job description template untuk Pereka Dalaman ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pereka Dalaman untuk melaksanakan pelbagai projek reka bentuk ruang. Anda akan berurusan dengan reka bentuk daripada pembangunan konsep (conceptual development) dan akan berhubung dengan pihak berkepentingan untuk mengurus dan melaksanakan reka bentuk.

Matlamatnya adalah untuk mereka bentuk ruang praktikal menjadi menarik untuk dilihat (secara visual).

Tugas seorang Pereka Dalaman termasuklah:

  • Menjalankan projek reka bentuk dari mula hingga akhir
  • Menentukan keperluan dan jadual projek ketika briefing
  • Mentafsir dan menterjemah keperluan pelanggan ke dalam rough plans
  • Menetapkan kos projek mengikut bajet
  • Menyelidik dan memutuskan sumber bahan dan produk
  • Menghasilkan sample dan mood products
  • Menyelia work progress
  • Bekerjasama dengan designers, decorators, architects dan constructors
  • Menyelidik dan mengikuti perubahan industri, evolusi dan best practices

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman dalam menghias ruang dalaman (perundingan, pengubahsuaian, perancangan ruang dan pembinaan baharu)
  • Mempunyai kepakaran dalam susun atur, warna, pencahayaan, pemilihan bahan, perabot custom dan semua pemasangan
  • Mahir dalam AutoCAD, SketchUp, 3D Max, Illustrator atau program reka bentuk lain
  • Memiliki portfolio karya-karya terdahulu
  • Memiliki bakat kreatif dan imaginasi yang tinggi
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pembentangan yang baik
  • Kemahiran pengurusan projek
  • Memiliki Ijazah dalam Reka Bentuk Dalaman atau bidang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pereka Dalaman?

Purata gaji bulanan untuk Pereka Dalaman di Malaysia adalah antara RM2,800 hingga RM4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pereka Dalaman ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *