'Job Description Template' Kerani Kemasukan Data

‘Job Description Template’ Kerani Kemasukan Data

Posted by

Kerani Kemasukan Data atau Data Entry Clerk adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk memindahkan format kertas ke dalam fail komputer atau sistem pangkalan data. Kerani Kemasukan Data akan menaip maklumat pelanggan yang diberikan terus ke dalam format elektronik — create spreadsheets.

 Job description template untuk Kerani Kemasukan Data ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Kerani Kemasukan Data untuk menaip maklumat ke dalam pangkalan data kami daripada dokumen kertas (paper documents). Calon yang ideal adalah seorang yang mahir dalam penggunaan komputer dan seorang jurutaip yang pantas dan terperinci. Anda akan bekerjasama dengan pengurus data atau team data yang lain. Anda perlu memiliki pengetahuan tentang prinsip kerahsiaan data (data confidentiality principles).

Tugas seorang Kerani Kemasukan Data termasuklah:

  • Memindahkan data daripada format kertas ke dalam fail komputer atau sistem pangkalan data menggunakan papan kekunci, perakam data atau pengimbas optik
  • Taipkan data yang diberikan terus daripada pelanggan
  • Buat spreadsheets tanpa kesalahan
  • Sahkan data dengan membandingkannya dengan sumber sokongan
  • Kemas kini data sedia ada
  • Dapatkan data daripada pangkalan data atau fail elektronik seperti yang diminta
  • Lakukan regular backups untuk memastikan pemeliharaan data
  • Susun kertas kerja selepas memasukkan data untuk memastikan ia tidak hilang

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman sebagai Kerani Kemasukan Data
  • Mempunyai emahiran menaip dengan pantas; pengetahuan tentang touch typing system sangat diutamakan
  • Mempunyai pengetahuan yang sangat baik tentang alat pemprosesan perkataan (word processing tools) dan spreadsheets (MS Office Word, Excel dll.)
  • Mempunyai pemahaman tentang databases
  • Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris (lisan dan bertulis) serta kemahiran perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Seorang yang terperinci
  • Memiliki Ijazah atau pendidikan yang setaraf

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Kerani Kemasukan Data?

Purata gaji bulanan untuk Kerani Kemasukan Data di Malaysia adalah antara RM1,600 hingga RM2,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Kerani Kemasukan Data ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *