'Job Description Template' Pakar Radiologi

‘Job Description Template’ Pakar Radiologi

Posted by

Pakar/Ahli Radiologi atau Radiologist adalah individu profesional yang pakar dalam mentafsir imej perubatan untuk mendiagnosis dan memantau penyakit. Pakar Radiologi memainkan peranan penting dalam menganalisis pelbagai alat pengimejan seperti ultrasound, magnetic resonance imaging (MRI) dan computed tomography (CT). Pakar Radiologi diperlukan untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang diperlukan.

 Job description template untuk Pakar Radiologi ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pakar Radiologi yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman untuk menyertai team kami.

Anda akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran anda dalam pelbagai teknik pengimejan perubatan agar dapat menghasilkan gambaran visual yang tepat dan terperinci bagi kawasan tertentu dalam tubuh manusia untuk diagnosis yang lebih tepat.

Tanggungjawab anda adalah melibatkan penggunaan teknologi pengimejan perubatan yang paling canggih untuk mendiagnosis dan merawat pelbagai jenis penyakit dengan berkesan. Anda akan bekerjasama dengan pakar perubatan dan pakar kesihatan lain supaya anda dapat berkongsi pandangan dan untuk memastikan penjagaan pesakit yang optimum.

Tugas seorang Pakar Radiologi  termasuklah:

  • Menyemak dan mentafsir imej perubatan untuk menentukan status pesakit dan penjagaan perubatan masa hadapan
  • Menentukan imej tepat yang diperlukan untuk diagnosis dan penghantaran pesanan
  • Menguruskan trace amounts bahan radioaktif untuk mencipta dan meningkatkan imej diagnostik
  • Melakukan teknik pembedahan invasif minimum dengan panduan imej
  • Bekerjasama dengan pakar perubatan lain seperti doktor, jururawat dan juruteknik radiologi untuk mentadbir rawatan dan menguruskan kesakitan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Ahli Radiologi atau jawatan lain yang berkaitan
  • Mempunyai pengetahuan tentang amalan pembedahan am untuk membantu mendiagnosis dan merawat kecederaan
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Mempunyai motor skills dan ketangkasan manual untuk mengendalikan alatan kecil dan peralatan pengimejan (imaging equipment)
  • Mempunyai keupayaan untuk bekerja pada waktu yang lama berdasarkan keperluan klinik
  • Mempunyai kemahiran analisis lanjutan dan perhatian kepada perincian untuk mentafsir keputusan pengimejan
  • Memiliki keupayaan untuk kekal tenang dan fokus dalam situasi yang tertekan
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Biologi, Sains Fizikal atau mana-mana bidang berkaitan dengan ijazah Doktor Perubatan (MD)

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pakar Radiologi?

Purata gaji bulanan untuk Pakar Radiologi di Malaysia adalah antara RM2,500 hingga RM3,700.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pakar Radiologi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *