Template Jawapan Untuk Menolak Tawaran Kerja

Template Jawapan Untuk Menolak Tawaran Kerja

Posted by

Adakah anda berada dalam situasi untuk menolak tawaran kerja yang diberikan kepada anda?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan empat template jawapan untuk menolak tawaran kerja dengan cara yang sopan dan berhemah. Anda boleh ubah template yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

  • Tawaran kerja tidak menepati apa yang diinginkan

Subject: Tawaran Kerja [nama anda]

Encik/Puan,

Terima kasih kerana menawarkan saya jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya menghargai masa dan usaha Encik/Puan dalam proses pengambilan kerja ini. 

Malangnya, selepas membuat pertimbangan, saya telah memutuskan bahawa jawatan [nama jawatan] ini tidak sesuai untuk saya pada ketika ini. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin terjadi disebabkan penolakan saya ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih atas peluang yang diberikan untuk jawatan [nama jawatan] ini. Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama pada masa akan datang.

Yang benar,

[Nama]

  • Mendapat tawaran kerja yang lebih baik di syarikat lain

Subject: Tawaran Kerja [nama anda]

Encik/Puan,

Terima kasih kerana menawarkan saya jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya menghargai masa dan usaha Encik/Puan dalam proses pengambilan kerja ini. 

Malangnya, selepas membuat pertimbangan, saya telah menerima kerja di syarikat lain. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin terjadi disebabkan penolakan saya ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk jawatan [nama jawatan] ini. 

Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama pada masa akan datang.

Yang benar,

[Nama]

  • Menolak tawaran kerja atas sebab/alasan peribadi

Subject: Tawaran Kerja [nama anda]

Encik/Puan,

Terima kasih kerana menawarkan saya jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya menghargai masa dan usaha Encik/Puan dalam proses pengambilan kerja ini. 

Malangnya, selepas melakukan pertimbangan, saya tidak dapat menerima tawaran kerja ini atas alasan peribadi iaitu [masukkan alasan peribadi di sini]. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penolakan saya ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk jawatan [nama jawatan] ini. 

Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama pada masa akan datang.

Yang benar,

[Nama]

Beberapa contoh alasan peribadi adalah:

  1. Kecemasan keluarga atau ada perkara yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan atau ditangani
  2. Kurang fleksibiliti dengan jawatan baru
  3. Tidak dapat mencari penjaga/pengasuh untuk anak 
  4. Masalah kesihatan yang mungkin menjejaskan prestasi kerja
  • Menolak tawaran kerja kerana ingin kekal dengan syarikat/majikan sekarang

Subject: Tawaran Kerja [nama anda]

Encik/Puan,

Terima kasih kerana menawarkan saya jawatan [nama jawatan] di [nama syarikat]. Saya menghargai masa dan usaha Encik/Puan dalam proses pengambilan kerja ini. 

Malangnya, selepas melakukan pertimbangan, saya telah memutuskan untuk kekal bersama majikan saya sekarang. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul disebabkan penolakan saya ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan untuk jawatan [nama jawatan] ini. 

Semoga kita berpeluang untuk bekerjasama pada masa akan datang.

Yang benar,

[Nama]

Template Jawapan Untuk Menolak Tawaran Kerja

Kesimpulannya, apabila anda memutuskan untuk menolak tawaran kerja yang diberikan kepada anda, pastikan anda telah fikir sehabisnya. Pastikan anda memberitahu majikan/HR/perekrut mengenai penolakan ini dengan cara yang paling sopan dan berhemah agar pada masa akan datang, anda mungkin berpeluang untuk bekerja di syarikat tersebut.

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan panduan buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *