'Job Description Template' Penganalisis Perniagaan

‘Job Description Template’ Penganalisis Perniagaan

Posted by

Penganalisis Perniagaan atau Business Analyst adalah individu yang menilai prestasi syarikat/organisasi dan membantu memperbaiki sistem mereka. Penganalisis Perniagaan akan menjalankan penyelidikan dan analisis untuk mencari penyelesaian kepada masalah perniagaan dan membantu memperkenalkan penyelesaian ini kepada perniagaan (businesses) dan pelanggan mereka.

Job description template untuk Penganalisis Perniagaan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penganalisis Perniagaan untuk menyertai team projek kami. Anda akan bekerja rapat dengan penganalisis perniagaan lain dan melaporkan terus kepada pengurus projek. 

Tugas utama anda termasuklah melaksanakan analisis keperluan secara terperinci (performing detailed requirements analysis), mendokumentasikan proses dan melaksanakan beberapa ujian penerimaan pengguna (user acceptance testing). 

Tugas seorang Penganalisis Perniagaan termasuklah:

  • Menentukan spesifikasi konfigurasi dan keperluan analisis perniagaan
  • Melakukan jaminan kualiti (quality assurance)
  • Menentukan reporting dan alerting requirements
  • Memiliki dan membangunkan hubungan dengan rakan kongsi, bekerjasama dengan mereka untuk mengoptimumkan dan meningkatkan integrasi syarikat
  • Membantu mereka bentuk, mendokumenkan dan menyelenggara proses sistem
  • Melaporkan isu atau soalan teknikal dan membuat cadangan kepada team 
  • Menyampaikan key insights dan penemuan utama kepada team 
  • Sentiasa mencari cara untuk meningkatkan pemantauan, menemui isu dan memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman dalam Business / Systems Analysis atau Quality Assurance
  • Ijazah dalam bidang IT / Sains Komputer
  • Pengalaman dalam mendapatkan keperluan (eliciting requirements) dan ujian (testing)
  • Mempunyai pengalaman dalam menganalisis data untuk membuat kesimpulan yang berkaitan dengan perniagaan
  • Mempunyai pengalaman dalam teknik dan alatan visualisasi data
  • Mempunyai pengalaman dalam menulis pertanyaan SQL
  • Mempunyai pengetahuan asas dalam menghasilkan dokumentasi proses
  • Memiliki kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang baik termasuk kemahiran menulis teknikal

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penganalisis Perniagaan?

Purata gaji bulanan untuk Penganalisis Perniagaan di Malaysia adalah antara RM4,500 hingga RM6,500

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penganalisis Perniagaan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *