'Job Description Template' Ilustrator

‘Job Description Template’ Ilustrator

Posted by

Ilustrator (Illustrator) adalah individu yang bertanggungjawab untuk mencipta imej intrinsik yang menceritakan kisah atau menyatakan idea atau perasaan kepada pelanggan/klien mereka. 

Job description template untuk Ilustrator ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari seorang Ilustrator berbakat untuk mencipta karya seni berkualiti tinggi untuk penerbitan digital dan media cetak kami. Sebagai Ilustrator, anda perlu bekerja rapat dengan pelanggan/klien dan team marketing kami untuk membangunkan karya seni yang memberi inspirasi dan akan menarik target audiens kami. Anda akan bertanggungjawab untuk merumuskan konsep dan memberikan draf ilustrasi daripada ayat bertulis, model, idea lakaran dan dari imaginasi anda.

Untuk berjaya sebagai Ilustrator, anda perlu menjadi seorang yang artistik dengan meminati bidang teknologi kreatif. Anda perlu memiliki kebolehan untuk melukis dan menggunakan perisian digital dalam pelbagai gaya dan medium. Ilustrator akan sentiasa berkomunikasi dengan syarikat dan pelanggan/klien tentang kemajuan keseluruhan dan pembangunan imej artistik. Seorang Ilustrator adalah individu kreatif yang boleh mengubah sebuah konsep menjadi imej artistik yang boleh dipasarkan.

Tugas seorang Ilustrator termasuklah:

  • Menyediakan draf kasar mengikut keperluan
  • Menggabungkan lukisan tangan dan lukisan menggunakan media digital untuk menghasilkan ilustrasi yang lengkap
  • Memperhalusi reka bentuk dengan perisian ilustrasi
  • Menggunakan pelbagai warna, grafik dan kesan untuk menggambarkan setiap konsep dengan lebih baik
  • Format imej menggunakan perisian reka bentuk bantuan komputer (computer-aided design) (CAD).
  • Gunakan teknik isometrik untuk menambah perspektif kepada bentuk kompleks
  • Mengambil bahagian dalam taklimat reka bentuk bersama pelanggan, editor dan/atau marketer untuk mengenal pasti keperluan mereka
  • Menentukan had masa dan kos yang diperlukan
  • Pastikan ilustrasi yang dicetak memenuhi standard kualiti dan warna
  • Brainstorm idea dengan design team untuk menghasilkan idea, corak dan gaya baharu
  • Ikuti perkembangan terkini dengan teknik dan perisian reka bentuk baharu

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Ilustrator, Pereka Grafik atau jawatan yang serupa
  • Mempunyai portfolio ilustrasi lengkap yang boleh ditunjukkan
  • Memiliki pengalaman praktikal dengan perisian reka bentuk bantuan komputer (computer-aided design) (CAD).
  • Mempunyai pengetahuan tentang perisian penyuntingan imej dan lakaran digital, seperti Photoshop, Indesign dan Adobe Illustrator
  • Mempunyai kemahiran melukis dengan penuh terperinci (dengan tangan dan pen digital)
  • Mempunyai kemahiran estetika dan konseptual yang kuat
  • Mempunyai kupayaan untuk bekerjasama dan memenuhi deadlines
  • Memiliki Ijazah dalam Reka Bentuk, Seni Visual atau kelayakan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Ilustrator?

Purata gaji bulanan untuk Ilustrator di Malaysia adalah antara RM3,000 hingga RM4,200

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Ilustrator ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *