Jurutera Kimia atau Chemical Engineer adalah individu yang menggunakan prinsip saintifik dan kejuruteraan untuk menambah baik proses dan peralatan yang digunakan dalam pengeluaran pelbagai produk. Mereka menganalisis data, menjalankan penyelidikan dan mereka bentuk penyelesaian untuk meningkatkan kecekapan, kualiti dan keselamatan.
Job description template untuk Jurutera Kimia ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Jurutera Kimia dengan pelbagai pengetahuan teknikal dan industri serta bakat untuk pengoptimuman proses (process optimization).
Jurutera Kimia akan bekerja di pejabat dan di lokasi untuk melaksanakan, menganalisis dan menambah baik proses, peralatan dan loji. Anda juga akan bekerjasama dengan jurutera dan team yang lain daripada pelbagai latar belakang untuk memahami matlamat projek, mereka bentuk dan mencadangkan penyelesaian serta membantu dalam melaksanakan, menyelesaikan masalah dan menyemak rancangan semasa projek berjalan.
Tugas seorang Jurutera Kimia termasuklah:
- Membangunkan proses pembuatan yang meminimumkan sisa dan meningkatkan kualiti produk siap
- Pantau dan uji proses dan produk yang terdapat dalam semua fasa pengeluaran
- Membangunkan dan melaksanakan prosedur keselamatan untuk kakitangan yang bekerja dengan bahan berbahaya
- Mereka bentuk, merancang dan melaksanakan susun atur peralatan pembuatan untuk mengoptimumkan pengeluaran dan mengurangkan kos
- Menggunakan komputer untuk menyusun dan menganalisis data
- Wujudkan prosedur keselamatan dan pengurusan sisa
- Pergi ke sites dan lokasi kerja untuk mengetahui tentang keperluan dan reka bentuk projek
- Membantu dengan menetapkan belanjawan dan garis masa (timelines)
Syarat kelayakan
- Memiliki pengalaman kerja sebagai Jurutera Kimia atau jawatan yang serupa
- Memiliki keupayaan untuk bekerjasama dan berkomunikasi dengan orang lain, terutamanya mereka yang tidak mempunyai latar belakang teknikal
- Seorang yang celik komputer untuk menjalankan simulasi dan menjalankan penyelidikan berterusan
- Seorang yang bijak menyelesaikan masalah, pandai berkomunikasi secara lisan dan bertulis, mahir membuat pembentangan dan menguruskan projek
- Mempunyai pendidikan/sijil yang berkaitan sebagai Jurutera Kimia
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Jurutera Kimia?
Purata gaji bulanan untuk Jurutera Kimia di Malaysia adalah antara RM3,300 hingga RM3,800.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Jurutera Kimia ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com