'Job Description Landscape' Arkitek Landskap

‘Job Description Landscape’ Arkitek Landskap

Posted by

Arkitek Landskap atau Landscape Architect adalah individu yang bertanggungjawab untuk merancang, mereka bentuk dan menyelia pembangunan pelbagai ruang luaran. Mereka menggabungkan kemahiran artistik dan praktikal untuk memastikan landskap cantik. Hasil kerja mereka boleh didapati di kawasan bandar dan luar bandar. Arkitek Landskap sering bekerja dalam satu pasukan bersama profesional bangunan lain.

Job description template untuk Arkitek Landskap ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Arkitek Landskap untuk menyertai team kami. Tanggungjawab Arkitek Landskap termasuklah merangka pelan menggunakan perisian CAD, tinjauan tapak (site surveyance), berhubung dengan pelanggan, menulis dan menganalisis laporan, merangka kontrak, dan bekerjasama dengan arkitek, perancang dan jurutera lain. Anda perlu selesa bekerja di pejabat atau di tapak (sites).

Tugas seorang Arkitek Landskap termasuklah:

  • Merangka laporan dan kontrak
  • Tulis cadangan dan bentangkannya kepada pelanggan/klien
  • Berkerjasama dengan rakan arkitek, pengurus projek, jurutera dan juruukur
  • Berkomunikasi dengan penduduk setempat dan ahli komuniti untuk mendapatkan pandangan
  • Mempertimbangkan faktor persekitaran, seperti ketersediaan tenaga
  • Menyediakan pelan tapak (site plans) dan perwakilan grafik pelan menggunakan perisian reka bentuk bantuan komputer computer-aided design (CAD).
  • Menyediakan anggaran kos dan selia belanjawan projek

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Arkitek Landskap atau jawatan yang serupa
  • Memiliki pengalaman praktikal dengan perisian CAD
  • Mempunyai bakat kreatif dan imaginasi yang baik
  • Berkeupayaan untuk bertindak balas dengan baik terhadap maklum balas
  • Mempunyai pemahaman yang kukuh tentang spesifikasi bertulis dan lisan
  • Pendidikan/Ijazah yang berkaitan sebagai Arkitek Landskap

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Arkitek Landskap?

Purata gaji bulanan untuk Arkitek Landskap di Malaysia adalah antara RM4,600 hingga RM14,300.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Artikel berkaitan: ‘Job Description Template’ Juruukur

Siarkan iklan huraian kerja Arkitek Landskap ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *