'Job Description Template' Juruwang

‘Job Description Template’ Juruwang

Posted by

Juruwang atau Cashier adalah individu yang mengimbas item untuk memastikan harga dan kuantiti adalah betul, membantu pelanggan yang memerlukan bantuan atau nasihat tentang produk, dan mengendalikan pemulangan dan pertukaran sekiranya perlu.

Job description template untuk Juruwang ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Juruwang untuk menguruskan semua transaksi dengan pelanggan dengan tepat dan cekap.

Tanggungjawab Juruwang termasuklah menerima bayaran dan mengeluarkan resit, pakej pembungkusan hadiah dan menjejaki semua transaksi tunai dan kredit. Untuk berjaya dalam jawatan ini, anda perlu mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan (customer service) dan pengetahuan yang baik tentang cara daftar tunai beroperasi. Anda juga perlu bersedia untuk bekerja secara syif dan pada hujung minggu.

Tugas seorang Juruwang termasuklah:

  • Mengurus transaksi dengan pelanggan 
  • Mengimbas barang dan pastikan harga adalah tepat
  • Mengumpul bayaran sama ada secara tunai atau kredit
  • Mengeluarkan resit, bayaran balik, pertukaran atau tiket
  • Menebus setem dan kupon
  • Menyelesaikan aduan pelanggan, bimbing mereka dan berikan maklumat yang berkaitan
  • Menyapa pelanggan apabila masuk atau keluar dari kedai
  • Merekod transaksi pada balance sheet dan laporkan sebarang percanggahan
  • Mengendalikan pemulangan dan pertukaran barangan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Juruwang atau dalam jawatan yang berkaitan dalam jualan
  • Pengetahuan asas PC
  • Kebiasaan dengan peralatan elektronik, seperti daftar tunai dan POS
  • Kemahiran matematik yang baik
  • Kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Juruwang?

Purata gaji bulanan untuk Juruwang di Malaysia adalah antara RM 1,600 hingga RM 1,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Juruwang ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *