'Job Description Template' Operator Mesin

‘Job Description Template’ Operator Mesin

Posted by

Operator Mesin/Pengendali Mesin atau Machine Operator adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk mengendalikan jentera yang diperuntukkan kepada mereka. Mereka perlu memastikan mesin berjalan lancar, berfungsi dengan baik dan diselenggara dengan sewajarnya.

Job description template untuk Operator Mesin ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Operator Mesin yang mahir untuk menyediakan, menyelenggara dan mengendalikan mesin. 

Anda perlu mempunyai pemahaman yang kuat tentang mesin yang anda gunakan. Anda perlu bekerja dengan peralatan mekanikal atau peralatan dikendalikan komputer. Anda perlu cenderung dari segi teknikal dan boleh menggunakan alat dan mesin dengan betul. Operator Mesin perlu mengikuti arahan, bekerja dengan orang lain, dan membantu memastikan semua peraturan keselamatan dipatuhi.

Tugas seorang Operator Mesin termasuklah:

  • Menyediakan mesin (penentukuran (calibration), pembersihan dll.) untuk memulakan kitaran pengeluaran
  • Mengawal dan melaraskan tetapan mesin (cth. kelajuan)
  • Menyediakan bahan mentah ke mesin separa automatik
  • Memeriksa bahagian dengan ketepatan dan alat pengukur
  • Menguji operasi mesin secara berkala
  • Membetulkan isu yang mungkin terjadi
  • Menyemak output untuk mengesan sebarang kesilapan atau kecacatan mesin
  • Menyimpan rekod unit atau produk akhir yang diluluskan atau yang rosak
  • Mengekalkan log aktiviti

Syarat kelayakan

  • Pengalaman sebagai Operator Mesin
  • Pengetahuan dalam pelbagai mesin dan alat ukuran berkelajuan tinggi (angkup, mikrometer dsb.)
  • Memahami prosedur pengeluaran
  • Pematuhan kepada peraturan kesihatan dan keselamatan (cth. penggunaan berterusan peralatan perlindungan)
  • Keupayaan untuk membaca blueprints, skema dan manual
  • Perhatian kepada perincian
  • Kemahiran komunikasi yang baik dan boleh bekerja dalam kumpulan
  • Mempunyai stamina dan kekuatan fizikal yang baik
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Operator Mesin?

Purata gaji bulanan untuk Operator Mesin di Malaysia adalah antara RM 1,800 hingga RM 2,600.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Operator Mesin ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *