'Job Description Template' Penerbit Muzik

‘Job Description Template’ Penerbit Muzik

Posted by

Penerbit Muzik atau Music Producer adalah individu profesional yang menguruskan keseluruhan proses di mana kumpulan muzik (band) dan penghibur merakam, menghasilkan dan mengeluarkan muzik.

Job description template untuk Penerbit Muzik ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penerbit Muzik untuk menyertai pasukan kami dan bekerjasama dengan studio rakaman, artis dan pihak berkepentingan lain untuk mengawasi proses menghasilkan dan mengeluarkan muzik.

Anda akan bekerjasama dengan ramai individu profesional seperti komposer, pemain instrumental dan artis untuk menghasilkan projek muzik mengikut bajet dan jadual.

Tugas seorang Penerbit Muzik termasuklah:

  • Mengawasi proses penulisan lagu, susunan dan rakaman
  • Mengurus belanjawan untuk projek yang diberikan
  • Mengendalikan kontrak dan rundingan 
  • Memastikan semua orang yang terlibat dalam projek berkongsi matlamat dan visi yang sama
  • Bertindak sebagai penghubung antara pengurusan label rakaman dan artis 
  • Mengumpul maklum balas daripada pendengar dan gunakannya untuk mencipta strategi untuk muzik pada masa hadapan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Penerbit Muzik atau jawatan yang serupa
  • Mempunyai bakat dan pengalaman muzikal, biasanya dikumpulkan daripada pengalaman lalu sebagai pemuzik
  • Mempunyai pengetahuan teknikal yang kuat tentang muzik dan rakaman
  • Memiliki kemahiran rangkaian dan interpersonal (diperlukan untuk berjumpa orang penting dalam industri)
  • Keupayaan untuk mengendalikan peralatan studio dan menggunakan perisian penyuntingan bunyi
  • Up-to-date dengan perkembangan industri terkini
  • Pendidikan/Ijazah yang berkaitan sebagai Penerbit Muzik

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penerbit Muzik?

Anggaran gaji bulanan untuk Penerbit Muzik di Malaysia adalah RM 4,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penerbit Muzik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *