'Job Description Template' Pembantu Rumah

‘Job Description Template’ Pembantu Rumah

Posted by

Pembantu Rumah atau Maid adalah individu yang bertanggungjawab untuk memastikan kediaman atau pertubuhan komersial kelihatan bersih dan kemas. Mereka melakukan pelbagai tugas pembersihan termasuk mengemop, menyedut dan menyapu lantai, mencuci permaidani dan membersihkan dapur.

Job description template untuk Pembantu Rumah ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembantu Rumah yang bekerja keras dan boleh dipercayai untuk melaksanakan pelbagai tugas pembersihan seperti yang dikehendaki oleh pelanggan/klien kami. Tanggungjawab Pembantu Rumah termasuk menggantikan linen dan tuala kotor, menyapu halaman rumah dan laluan pejalan kaki, serta mencuci, mengeringkan dan menyimpan pinggan mangkuk. 

Tugas seorang Pembantu Rumah termasuklah:

  • Membersih dan mengemas semua kawasan dengan kebersihan standard yang telah ditetapkan
  • Memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang
  • Buat senarai kerja harian 
  • Memastikan peralatan pembersihan dalam keadaan baik
  • Laporkan sebarang kekurangan, kerosakan atau isu keselamatan
  • Memenuhi aduan/permintaan tuan rumah 
  • Mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan serta bertindak selaras dengan dasar syarikat dan undang-undang pelesenan

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan
  • Keupayaan untuk bekerja seorang diri dan kekal bermotivasi
  • Menyediakan perkhidmatan pelanggan yang baik
  • Mahir menguruskan masa
  • Seorang yang profesional dan terperinci
  • Mempunyai pengetahuan dalam bahasa Inggeris adalah satu kelebihan
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Rumah?

Purata gaji bulanan untuk Pembantu Rumah di Malaysia adalah RM 1,671.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Rumah ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *