'Job Description Template' Wakil Jualan Farmaseutikal

‘Job Description Template’ Wakil Jualan Farmaseutikal

Posted by

Wakil Jualan Farmaseutikal atau Pharmaceutical Sales Representative adalah individu profesional yang bertindak sebagai pakar dalam produk farmaseutikal.

Job description template untuk Wakil Jualan Farmaseutikal ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Wakil Jualan Farmaseutikal yang berdaya saing yang akan bertindak sebagai penghubung utama antara syarikat kami dan pakar kesihatan yang lain. Anda juga akan membantu kami untuk mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan.

Sebagai Wakil Jualan Farmaseutikal, matlamat anda adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang produk farmaseutikal dan perubatan syarikat kami serta meningkatkan jualan.

Tugas seorang Wakil Jualan Farmaseutikal termasuklah:

  • Menilai keperluan pelanggan dan menunjukkan produk mengikut kesesuaian
  • Menyediakan maklumat produk dan menghantar sampel produk
  • Menghadiri mesyuarat jualan, panggilan persidangan dan sesi latihan 
  • Bekerjasama dengan team sales untuk membangunkan strategi dan melaksanakan brand strategies untuk memastikan mesej pemasaran yang konsisten
  • Membina kepercayaan dengan wakil perubatan untuk mempengaruhi target group dalam proses membuat keputusan
  • Memantau dan menganalisa data dan keadaan pasaran 
  • Simpan rekod dan dokumentasi yang tepat untuk reporting dan feedback

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Wakil Farmaseutikal atau dalam Jualan Perubatan
  • Mahir dengan pangkalan data, statistik, product lines dan isu perubatan terkini
  • Pengetahuan dalam MS Office
  • Mempunyai kemahiran komunikasi, rundingan dan jualan yang sangat baik
  • Seorang yang bermotivasi tinggi 
  • Bijak menguruskan masa
  • Ijazah dalam bidang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Wakil Jualan Farmaseutikal?

Purata gaji bulanan untuk Wakil Jualan Farmaseutikal di Malaysia adalah antara RM 3,000 hingga RM 3,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Wakil Jualan Farmaseutikal ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *