'Job Description Template Penganalisis Pelaburan

‘Job Description Template’ Penganalisis Pelaburan

Posted by

Penganalisis Pelaburan atau Investment Analyst adalah individu profesional yang menyampaikan nasihat pelaburan (beli, jual, tahan) kepada pelanggan atau pengurus portfolio mereka setelah melakukan analisis kewangan menyeluruh, menyiapkan model kewangan dan mengaitkan kesan keadaan ekonomi terhadap pelaburan yang berkaitan.

Job description template untuk Penganalisis Pelaburan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penganalisis Pelaburan yang berpengalaman untuk menjalankan penyelidikan kewangan dan melaporkan tentang peluang pelaburan. Anda akan mengambil bahagian dalam strategi pengurusan portfolio kami dengan menyediakan data yang diperlukan dalam proses membuat keputusan.

Tugas seorang Penganalisis Pelaburan termasuklah:

  • Memeriksa dan menilai trend ekonomi dan pasaran, prospek pendapatan, penyata kewangan dan pelbagai penunjuk dan faktor lain untuk menentukan strategi pelaburan yang sesuai
  • Melihat kembali keputusan pelaburan terdahulu dan proses pemikiran membuat keputusan pelaburan
  • Berhubung dengan pengurus dana dan rangkaian dengan profesional industri
  • Pantau dengan teliti akhbar kewangan dan pantau arah aliran pasaran, peluang, risiko dan produk pelaburan baharu
  • Menyusun laporan nasihat dan membuat cadangan tentang peluang pelaburan dan dana baharu yang boleh meningkatkan atau mempelbagaikan portfolio
  • Membangunkan model kewangan yang kompleks dan menganalisis dokumen undang-undang

Syarat kelayakan

  • Pengalaman bekerja sebagai Penganalisis Pelaburan
  • Pemahaman yang kukuh tentang persediaan kewangan, prosedur, statistik dan ekonomi
  • Mahir menggunakan perisian analisis pelaburan (investment analysis software)
  • Mempunyai numeric skills yang baik
  • Mempunyai kemahiran analisis kuantitatif dan kualitatif yang sangat baik
  • Ijazah dalam Kewangan, Perakaunan atau bidang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penganalisis Pelaburan?

Purata gaji bulanan untuk Penganalisis Pelaburan di Malaysia adalah antara RM 4,550 hingga RM 5,400.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penganalisis Pelaburan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *