'Job Description Template' Pengurus Restoran

‘Job Description Template’ Pengurus Restoran

Posted by

Pengurus Restoran atau Restaurant Manager adalah individu profesional yang menyelia kejayaan sesebuah restoran dengan mengambil staf yang berkelayakan, memantau kepuasan pelanggan, dan memastikan semua produk (makanan dan minuman) dipesan dan dihantar dalam kuantiti yang betul.

Job description template untuk Pengurus Restoran ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Restoran untuk menerajui semua aspek perniagaan kami. Anda akan memotivasikan staf kami untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Tanggungjawab Pengurus Restoran termasuk mengekalkan hasil, keuntungan dan kualiti restoran. Anda perlu memastikan operasi restoran berjalan dengan baik serta mengekalkan standard pengeluaran, produktiviti, kualiti dan perkhidmatan pelanggan.

Tugas seorang Pengurus Restoran termasuklah:

  • Menyelaras operasi restoran pada setiap hari
  • Mementingkan kepuasan pelanggan
  • Bertindak balas dengan cekap dan tepat kepada aduan pelanggan
  • Menyemak kualiti produk secara kerap dan menyelidik vendor baharu
  • Mengatur dan menyelia syif
  • Menilai prestasi staf dan memberi maklum balas untuk meningkatkan produktiviti
  • Menganggarkan keperluan yang diperlukan untuk bulan yang seterusnya (barangan, peralatan dapur, produk pembersihan dll.)
  • Memastikan pematuhan peraturan sanitasi dan keselamatan
  • Memastikan imej dan nama baik restoran dalam keadaan baik
  • Mengawal kos operasi dan mengenal pasti langkah untuk mengurangkan pembaziran
  • Membuat laporan terperinci tentang pendapatan dan perbelanjaan mingguan, bulanan dan tahunan
  • Mempromosikan jenama dalam komuniti tempatan melalui media sosial dll.
  • Mencadangkan cara untuk meluaskan audiens (cth. beri diskaun dan iklan di media sosial)
  • Melatih pekerja baharu dan pekerja sedia ada tentang ilmu customer service yang betul
  • Menetapkan garis panduan dan protokol yang akan mengekalkan operasi restoran pada masa hadapan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman kerja sebagai Pengurus Restoran, Pengurus Besar Restoran, Pengurus Hospitaliti atau jawatan yang berkaitan
  • Mempunyai pengalaman dalam bidang customer service sebagai seorang Pengurus
  • Mempunyai pengetahuan tentang makanan dan minuman (F&B) yang luas, dengan keupayaan untuk mengingati dan mengingat semula bahan-bahan dan hidangan
  • Mahir dengan perisian pengurusan restoran, seperti OpenTable dan PeachWorks
  • Mempunyai semangat kepimpinan yang kuat
  • Seorang yang bermotivasi tinggi
  • Mempunyai kemahiran menguruskan kewangan 
  • Ijazah dalam Pentadbiran Perniagaan; pengurusan hospitaliti atau yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Restoran?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Restoran di Malaysia adalah antara RM 4,000 hingga RM 6,000.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Restoran ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *