‘Job Description Template’ Promoter

Posted by

Promoter adalah individu yang menunjukkan dan menyediakan maklumat tentang produk atau servis untuk pelbagai jenama dan/atau syarikat. Tugas Promoter termasuklah menunjukkan kepada bakal pelanggan cara produk atau servis tersebut berfungsi. Promoter juga akan menjawab soalan untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli produk atau servis jenama/syarikat.

Job description template untuk Promoter ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Promoter yang berdaya saing dan berupaya untuk menarik pelanggan baharu. Anda akan bertanggungjawab untuk mengiklankan produk dan/atau servis kami melalui aktiviti pemasaran, seperti demonstrasi secara peribadi, di event yang berbeza-beza.

Tugas seorang Promoter termasuklah:

  • Tunjukkan dan berikan maklumat tentang produk/servis yang dipromosikan
  • Cipta imej positif dan bawa pengguna/pelanggan untuk menggunakannya
  • Edarkan sampel produk, risalah dan lain-lain untuk mendapatkan peluang jualan baharu
  • Kenal pasti minat dan fahami keperluan pelanggan
  • Sediakan booths atau gerai promosi dan stok produk
  • Sediakna laporan maklumat berkaitan demonstrasi (tahap minat, soalan yang ditanya, bilangan sampel/risalah yang diedarkan dsb)

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman bekerja sebagai Promoter
  • Mempunyai rekod prestasi yang melebihi pencapaian
  • Keupayaan untuk memahami keperluan pelanggan dan mengendalikan pelbagai jenis personaliti
  • Mempunyai kemahiran mendengar, komunikasi, pembentangan dan sosial yang kuat
  • Ijazah dalam Pemasaran atau bidang yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Promoter?

Purata gaji bulanan untuk Promoter di Malaysia adalah antara RM 1,500 hingga RM 2,400.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Promoter ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *