'Job Description Template' Pemandu Forklift

‘Job Description Template’ Pemandu Forklift

Posted by

Pemandu Forklift/Operator Forklift atau Forklift Operator adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk mengalihkan barangan di sekitar gudang atau tapak industri lain. Mereka melakukan ini dengan menggunakan forklift untuk memunggah penghantaran dari trak dan kotak tindanan untuk tujuan penyimpanan di seluruh gudang dan harta industri (industrial property) lain.

Job description template untuk Pemandu Forklift ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pemandu Forklift untuk memindahkan bungkusan dan bahan di sekitar fasiliti kami. Anda akan mengendalikan forklift dengan penuh berhati-hati untuk memastikan keselamatan semua orang. Tugas anda akan melibatkan pemanduan di sekitar gudang, ruang penyimpanan dan fasiliti lain.

Anda mestilah seorang individu yang bertanggungjawab dan mempunyai pengalaman dalam memandu kenderaan industri. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahan dan produk sentiasa berada di tempat yang betul untuk mencapai kecekapan yang maksimum.

Tugas seorang Pemandu Forklift termasuklah:

  • Memunggah bahan dan barang dagangan dari kenderaan masuk dan susunkannya ke tempat yang ditetapkan
  • Cari dan pindahkan stok produk ke palet atau peti untuk penyimpanan atau penghantaran
  • Kenal pasti dan laporkan sekiranya terdapat kerosakan 
  • Mengangkut bahan mentah ke stesen kerja pengeluaran (production workstations)
  • Periksa jentera untuk menentukan keperluan pembaikan dan menjamin keselamatan dengan melakukan penyelenggaraan berkala
  • Simpan rekod kemas kini inventori dan log aktiviti
  • Mematuhi dasar syarikat dan garis panduan undang-undang
  • Membantu mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur 

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman sebagai Pemandu Forklift
  • Seorang yang terperinci dan mahir dengan peralatan industri
  • Mempunyai keadaan fizikal yang baik
  • Mempunyai sijil untuk mengendalikan forklift
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pemandu Forklift Produksi?

Purata gaji bulanan untuk Pemandu Forklift di Malaysia adalah antara RM 1,800 hingga RM 2,200.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pemandu Forklift ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *