'Job Description Template' Pembantu Produksi

‘Job Description Template’ Pembantu Produksi

Posted by

Pembantu Produksi atau Production Assistant adalah individu yang membantu penerbit dan pengarah dengan mencetak skrip dan menyebarkan mesej ke seluruh krew semasa menjalankan tugas.

Job description template untuk Pembantu Produksi ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pembantu Produksi yang cekap untuk menyokong semua aspek produksi filem atau TV. Krew akan bergantung kepada anda untuk pelbagai tugas penting antaranya menguruskan set, mengedarkan skrip, crowd control dan sebagainya.

Matlamatnya adalah untuk memastikan production berjalan lancar dan tanpa masalah.

Tugas seorang Pembantu Produksi termasuklah:

  • Bantu menyediakan set dengan lampu, prop, peralatan dll.
  • Membantu pereka pakaian, pengarah, jurukamera dan ahli krew lain
  • Mencetak dan mengedarkan kertas kerja harian (cth. skrip, call sheets)
  • Mengiringi pelakon dan pelakon tambahan di sekitar kawasan penggambaran
  • Menjalankan crowd control dengan memasang papan tanda, menjauhkan pejalan kaki dari set penggambaran, mengunci set dll.
  • Bertindak sebagai runner yang mengedarkan mesej atau item sesama krew dan pelakon filem
  • Melaksanakan kerja admin (menjawab telefon, kertas kerja dll.)
  • Menjalankan tugas seperti yang diarahkan

Syarat kelayakan

  • Memiliki pengalaman sebagai Pembantu Produksi 
  • Mahir menggunakan komputer
  • Mempunyai keupayaan organisasi dan boleh multitasking
  • Seorang yang resourceful dan boleh menyelesaikan masalah
  • Seorang team player yang mempunyai kemahiran komunikasi yang hebat
  • Memiliki kekuatan fizikal dan stamina
  • Mempunyai lesen kenderaan sendiri adalah satu kelebihan
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pembantu Produksi?

Purata gaji bulanan untuk Pembantu Produksi di Malaysia adalah antara RM 1,700 hingga RM 1,900.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pembantu Produksi ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *