'Job Description Template' Penasihat Jualan

‘Job Description Template’ Penasihat Jualan

Posted by

Penasihat Jualan atau Sales Advisor adalah individu yang memudahkan transaksi jualan dengan menasihati pelanggan tentang produk yang sesuai untuk mereka. Penasihat Jualan akan menerangkan ciri dan faedah produk kepada pelanggan, membantu mereka mencari produk tertentu dan memproses pembayaran pelanggan.

Job description template untuk Penasihat Jualan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penasihat Jualan untuk memberi nasihat dan bantuan kepada pelanggan untuk memaksimumkan sasaran jualan. Anda akan bertanggungjawab untuk pelbagai tugas yang berkaitan dengan cara untuk menarik pelanggan.

Penasihat Jualan yang cemerlang mestilah bertenaga dan mesra serta mempunyai kemahiran interpersonal yang cemerlang. Calon yang ideal akan dapat memperoleh pengetahuan menyeluruh tentang produk syarikat dan menyampaikan pengetahuan tersebut kepada pelanggan.

Tugas seorang Penasihat Jualan termasuklah:

  • Menyusun barangan di rak mengikut populariti dan kriteria lain
  • Mendekati pelanggan dan tawarkan mereka nasihat tentang produk untuk memujuk mereka untuk membeli
  • Menyediakan maklumat dan perkhidmatan lain seperti pengendalian pemulangan barang 
  • Mencari produk bagi pihak pelanggan
  • Menangani aduan dengan sabar 
  • Mengambil dan merekod pesanan melalui sistem komputer secara peribadi atau melalui telefon/e-mel
  • Mengemas kini maklumat pelanggan dalam pangkalan data
  • Memantau inventori rak dan memunggah produk baharu apabila diperlukan
  • Mengendalikan daftar tunai (cash register) dan menutup pendapatan harian (daily revenue)
  • Mengekalkan persekitaran yang bersih dan teratur di dalam stor

Syarat kelayakan

  • Mempunyai pengalaman sebagai Penasihat Jualan atau jawatan perkhidmatan/jualan pelanggan lain
  • Berpengalaman mengendalikan mesin tunai
  • Seorang yang celik teknologi dengan pengetahuan sistem komputer dan pangkalan data
  • Sabar dan selesa menangani aduan
  • Seorang yang profesional dan outgoing
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang sangat baik
  • Memiliki kebolehan organisasi dan boleh multitasking
  • Mempunyai daya tahan fizikal yang baik
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penasihat Jualan?

Purata gaji bulanan untuk Penasihat Jualan di Malaysia adalah antara RM 2,200 hingga RM 4,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penasihat Jualan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *