'Job Description Template Tukang Cuci

‘Job Description Template’ Tukang Cuci

Posted by

Tukang Cuci atau Cleaner adalah individu yang akan memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur. Tukang Cuci akan melakukan pelbagai tugas termasuk membersihkan habuk, mengemop, menyapu lantai dan sebagainya. 

Mereka juga akan memastikan tandas dan kawasan umum kekal bersih dengan melakukan pemeriksaan rutin setiap hari mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Job description template untuk Tukang Cuci ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Tukang Cuci untuk menjaga kemudahan dan menjalankan tugas pembersihan dan penyelenggaraan.

Matlamatnya adalah untuk memastikan bangunan kami dalam keadaan bersih dan teratur.

Tugas seorang Tukang Cuci termasuklah:

  • Membersihkan kawasan yang telah ditetapkan (menyapu, menyedut, mengemop, membersihkan lubang siling, pembersihan tandas dll)
  • Melaksanakan dan mendokumentasikan aktiviti pemeriksaan dan penyelenggaraan secara rutin
  • Menjalankan tugas pembersihan
  • Memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang kekurangan atau keperluan untuk pembaikan yang berlaku
  • Membuat pelarasan dan pembaikan kecil
  • Bekerjasama dengan kakitangan yang lain
  • Mematuhi semua peraturan kesihatan dan keselamatan

Syarat kelayakan

  • Pengalaman kerja sebagai Tukang Cuci
  • Berkebolehan mengendalikan peralatan mencuci yang berat
  • Pengetahuan tentang bahan kimia dan bekalan pembersih
  • Seorang yang berintegriti
  • Pendidikan yang berkaitan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Tukang Cuci?

Purata gaji bulanan untuk Tukang Cuci di Malaysia adalah antara RM 1,600 hingga RM 1,800.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Tukang Cuci ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *