5 Kisah Jenayah Di Seluruh Dunia Yang Tidak Masuk Akal

5 Kisah Jenayah Di Seluruh Dunia Yang Tidak Masuk Akal

Posted by

Lima kisah jenayah yang akan kami kongsikan ini sangat tidak masuk akal tetapi ia benar-benar berlaku!

Jom baca artikel ini sampai habis.

1. Mencuri air batu

5 Kisah Jenayah Di Seluruh Dunia Yang Tidak Masuk Akal

Pada tahun 2012, seorang lelaki telah ditangkap kerana telah mencuri air batu di bandar Cochrane, Chile. Pihak polis menemui air batu sebanyak 5 tan di dalam trak suspek dan mengesyaki ais ini digunakan di kelab malam dan restoran kelas atasan di Santiago.

2. Mencuri jambatan

Insiden ini benar-benar berlaku di beberapa buah negara seperti England, Republik Czech dan Turki.

Percaya atau tidak, pada tahun 2012, satu kes kecurian jambatan seberat 10 tan dan bersaiz 198 meter pernah berlaku di Republik Czech.

Ramai orang tertanya-tanya bagaimana si pencuri hendak memindahkan jambatan tersebut tanpa disedari oleh sesiapa. Untuk menjawab persoalan anda, para pencuri jambatan itu menyamar menjadi orang yang diupah untuk merobohkan jambatan berkenaan.

3. Mencuri biawak komodo

5 Kisah Jenayah Di Seluruh Dunia Yang Tidak Masuk Akal

Komodo merupakan spesies biawak atau cicak yang paling besar di dunia. Untuk pengetahuan, biawak ini terdapat di beberapa buah pulau di Indonesia.

Walaupun mempunyai rupa yang agak menakutkan, masih ada individu yang berhasrat ingin mencuri biawak ini kerana mereka ingin menjual dan menghantar haiwan ini ke negara-negara di Asia Tenggara melalui Singapura.

Biawak komodo ini menerima permintaan tinggi daripada negara-negara seperti Thailand dan China kerana ia boleh bertindak sebagai ubat serta antibodi kepada badan.

4. Penghalang nombor plat profesional

Ibu kota Iran iaitu Tehran merupakan salah satu bandar yang berkembang pesat di benua Asia. Masyarakat di sana memperkenalkan satu undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.

Selain itu, Tehran juga telah menetapkan zon trafik khas dan penduduk perlu membayar yuran sekiranya mereka mahu mendapatkan akses terutamanya di pusat bandar yang lebih pesat.

Oleh sebab itu, penduduk di sana telah menemui satu cara untuk menghapuskan undang-undang trafik yang ketat itu dengan mencipta satu kerjaya baharu iaitu penghalang nombor plat.

Para pemandu akan menggunakan khidmat pejalan kaki atau penunggang motosikal untuk berada di belakang kereta bagi menghalang nombor plat kenderaan itu daripada dilihat oleh kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun dianggap tidak masuk akal, tetapi ia masih dianggap satu jenayah kerana tindakan tersebut menyalahi undang-undang negara mereka.

5. Menjual jasad dalam pasaran gelap

Perkahwinan hantu merupakan satu upacara untuk mereka yang masih hidup tetapi berkahwin dengan orang yang sudah tiada.

Disebabkan itu, ramai orang di China mula menggali semula jasad-jasad berkenaan untuk dijual ke pasaran gelap. Tidak berhenti di situ, mereka turut menjual jasad-jasad tersebut dengan harga ‘cekik darah’ untuk satu jasad.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *