Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Posted by

Hutan merupakan sebuah tempat yang dihuni oleh pelbagai jenis tumbuhan, haiwan liar serta makhluk-makhluk yang ‘menumpang’.

Hutan juga turut dikaitkan dengan kisah-kisah misteri yang menakutkan disebabkan keluasan dan kegelapan yang menyelebungi hutan. 

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan antara enam hutan angker yang terdapat di seluruh dunia. 

1. Epping Forest, United Kingdom

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Hutan ini terletak di Essex, Timur England dan diuruskan oleh City of London Corporation. Keluasan tanahnya yang berukuran 5,900 ekar telah menjadikan kawasan ini sebagai tempat persembunyian dalam kalangan penjenayah.

Pada tahun 1960-an, banyak mayat telah ditemui dalam hutan ini dan menjadikan ia hutan yang dipenuhi dengan kehadiran roh dan badi si mati.

Pokok-pokok di hutan ini juga dikatakan telah mencecah ratusan tahun kerana tidak ditebang dalam tempoh yang agak lama. Ini menjadikan Epping Forest dipenuhi struktur pokok-pokok yang besar dan bulat.

Artikel berkaitan: Epping Forest’s haunted history

2. Dering Woods, United Kingdom

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Dering Woods yang terletak di Kampung Pluckley dianggap sebagai kampung yang paling berhantu di United Kingdom.

Hutan ini dipercayai telah didiami oleh roh orang yang sesat. Disebabkan itu, hutan ini dikenali sebagai hutan yang ‘berteriak’ akibat terdengar bunyi bisikan dan jeritan yang menakutkan pada waktu pagi.

Pemilik roh di Dering Woods dikatakan merupakan seorang kolonel tentera dan seorang pejuang yang telah ditawan oleh penduduk tempatan dan kemudiannya dipenggal oleh mereka.

3. Hutan Hoia-Baciu, Romania

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Pelbagai kisah misteri kerap berlaku di kawasan hutan ini yang juga dikenali sebagai ‘Segi Tiga Bermuda’ yang terletak di kawasan barat laut Romania. Penduduknya melarang keras dan memberi amaran kepada pengunjung yang ingin memasuki hutan ini agar berhati-hati.

Ini kerana, terdapat beberapa kes kehilangan di dalam hutan ini. Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang hilang kemudian ditemui semula selepas 5 tahun dan dia masih dalam keadaan yang sama seperti 5 tahun yang lepas. 

Selain itu, terdapat juga kes kehilangan misteri 200 ekor kambing dan seekor anjing yang berlaku secara tiba-tiba.

4. Elfin Forest, Amerika Syarikat

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Hutan yang terletak di kaki Gunung Santa Rosa ini telah didiami oleh sebuah komuniti kediaman kecil.

Menurut legenda, hutan ini pernah diduduki oleh gypsies ghaib dan nenek moyang keturunan Diegueno India Utara yang tinggal di kawasan Harmony Grove. Mitos juga mengesahkan gypsies telah menyumpah hutan dan tanah di sekelilingnya.

Sesetengah daripada gypsies dikatakan telah disembelih oleh penduduk bandar berdekatan dan bermulanya penampakan hantu di kawasan tersebut.

5. Dow Hill Forest, India

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Dow Hill terkenal dengan tempat yang paling misteri di India. Tempat ini dikatakan sebuah kawasan berlakunya aktiviti- aktiviti paranormal di bahagian bukit Dow yang mana ia merupakan jalan pengantara antara pejabat hutan dan jalan bukit Dow.

Disebabkan aktiviti paranormal ini, bermulalah penyaksian seorang lelaki tidak berkepala sedang berkeliaran disaksikan oleh para penebang kayu disitu. Kisah ini tidak berakhir begitu sahaja, malah lebih menakutkan lagi apabila mereka yang memasuki hutan itu telah menjadi gila.

6. Aokigahara, Jepun

Ketahui 6 Hutan Angker Di Seluruh Dunia

Aokigahara adalah hutan yang memiliki keluasan 35,000 kilometer persegi yang menjangkau dari kaki Gunung Fuji. Hutan ini telah wujud 1200 tahun lamanya dan dikatakan menyeramkan berikutan banyak kisah dongeng tempatan yang diceritakan antaranya makhluk aneh, gergasi serta hantu.

Rakyat tempatan dan pelancong yang datang ke hutan Aokigahara atau dipanggil sebagai ‘Laut Pokok’ ini mengatakan suasananya adalah sangat sunyi. Malahan kedudukan pokok-pokoknya yang rapat telah menghalang cahaya matahari dan angin dari memasuki ruang hutan.

Selain itu, kompas juga tidak berfungsi dengan baik yang mana kebanyakan pendaki dan peneroka hutan Aokigahara ini mendakwa agak sukar untuk menemui jalan keluar disebabkan kawasannya yang gelap dan sunyi.

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Turut baca: 5 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Sesuai Untuk ‘Solo-Date’

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: CNTraveler


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *