Tidur Dengan Lampu Terbuka: Kesannya Terhadap Kesihatan

Tidur Dengan Lampu Terbuka: Kesannya Terhadap Kesihatan

Posted by

Setiap daripada kita mempunyai cara tidur yang tersendiri. Ada yang gemar menutup semua suis lampu agar dapat tidur dalam keadaan gelap gelita manakala ada juga yang penakut – perlukan cahaya lampu untuk melelapkan mata.

Tapi tahukah anda, tidur dengan lampu terbuka akan menjejaskan kesihatan? Berikut kami kongsikan empat kesan terhadap kesihatan sekiranya anda tidur dengan lampu terbuka.

1. Mengurangkan hormon melatonin

Tidur Dengan Lampu Terbuka: Kesannya Terhadap Kesihatan

Kajian mengatakan bahawa tidur dengan lampu terbuka akan menghalang penghasilan hormon melatonin dan mengurangkan kadar melatonin tubuh manusia berbanding mereka yang tidur dalam gelap. 

Kekurangan hormon melatonin merupakan penyebab terjadinya insomnia, tidur tidak lena, depresi, darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berbahaya.

Bukan itu sahaja, peralatan elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan komputer yang menggunakan light-emitting-diode (LED) turut menghalang melatonin. Ini kerana, satu photopigment yang terdapat di dalam sel retina mata bertindak balas kepada circadian rhythmicity yang sangat sensitif kepada sinaran cahaya biru.

2. Menjejaskan sistem imun manusia

Terdedah kepada cahaya dalam tempoh yang lama juga akan menjejaskan sistem imun manusia. Lazimnya, orang yang tidur dengan lampu terbuka akan lebih mudah berasa pening, muntah dan loya kerana sistem imun mereka tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga mengganggu badan manusia untuk berfungsi seperti yang sepatutnya.

3. Proses penuaan berlaku lebih cepat

Tidur Dengan Lampu Terbuka: Kesannya Terhadap Kesihatan

Tidur dengan lampu terbuka juga boleh menyebabkan masalah penuaan awal. Ia berpunca daripada kurangnya antioksida yang terkandung dalam melatonin. 

Antioksida berperanan sebagai anti-penuaan yang bertindak untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan secara fizikal. Tanpa fungsi ini, proses penuaan manusia akan berlaku lebih cepat akibat kadar melatonin yang terganggu dalam badan.

4. Berisiko mendapat kanser

Anda juga turut berisiko mendapat kanser sekiranya tidur dengan lampu terbuka. Hormon melatonin yang bertindak mempertahankan tubuh manusia daripada penyakit berbahaya ini tidak dapat dihasilkan apabila tidur di tempat yang cerah.

Fakta ini dibuktikan melalui kajian ke atas 1,670 wanita yang terdedah kepada cahaya lampu sepanjang tempoh mereka tidur. Keputusan mendedahkan mereka mempunyai 22 peratus risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser payu dara berbanding wanita yang tidur dalam keadaan gelap. Para pengkaji beranggapan bahawa fenomena ini berpunca dari gangguan hormon dan melatonin.

Kesimpulannya, untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan memastikan hormon anda seimbang, pastikan anda tidur dalam keadaan yang gelap!

Semoga perkongsian ini memberi ilmu baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *