Contoh Jawapan: Kenapa Anda Tinggalkan Pekerjaan Sebelum Ini?

Contoh Jawapan: Kenapa Anda Tinggalkan Pekerjaan Sebelum Ini?

Posted by

Soalan “kenapa anda tinggalkan/berhenti kerja lama” boleh menjadi satu soalan perangkap daripada penemuduga kepada anda. Di sinilah penemuduga akan lihat tahap kejujuran dan profesionalism anda.

Ingat! Walau seteruk mana pun majikan anda sebelum ini memperlakukan anda, jangan sesekali menyebarkan cerita buruk kepada penemuduga/bakal majikan baru anda!

Berikut kami kongsikan antara 18 contoh jawapan yang anda boleh pilih dan gunakan sekiranya ditanya penemuduga.

1. Syarikat kami telah terjejas teruk oleh peristiwa/tragedi [nyatakan peristiwa tersebut] baru-baru ini, dan 50% daripada kami dimaklumkan bahawa kami tidak dapat dikekalkan lagi. Walaupun ia adalah keputusan yang sukar, saya bersyukur dengan masa dan peluang yang telah saya habiskan di syarikat lama saya untuk belajar dan berkembang menjadi seorang pekerja yang lebih baik.

2. Semasa saya mula-mula menyertai syarikat lama saya, peranan dan tanggungjawab saya adalah berbeza. Namun, selepas syarikat tersebut berkembang, peranan dan tanggungjawab saya turut berubah seiring dengan keperluan syarikat.

3. Jawatan saya tidak diperlukan lagi apabila prosedur baharu dilaksanakan, dan ini memberikan saya peluang untuk membantu pertumbuhan syarikat lain.

4. Selepas syarikat lama saya diambil alih, terdapat penstrukturan semula dan malangnya tanggungjawab saya telah digabungkan dengan department lain. 

5. Perkhidmatan saya di syarikat lama hanya diperlukan untuk tempoh masa yang terhad. 

6. Prinsip dan kemahuan saya dan syarikat lama saya tidak lagi sehaluan.

7. Terdapat banyak perubahan struktur yang berlaku dan saya merasakan bahawa saya tidak lagi mempunyai peluang untuk mengembangkan bakat saya.

8. Saya seronok bekerja untuk syarikat saya sebelum ini tetapi selepas majikan saya bersara, pihak pengurus yang baharu mempunyai visi yang berbeza dengan apa yang saya inginkan.

9. Personaliti saya tidak sesuai dengan budaya syarikat.

10. Jangkaan saya untuk syarikat tersebut telah berubah.

11. Setelah difikir-fikir, saya sedar bahawa saya dan bekas majikan saya mempunyai pendapat yang berbeza.

12. Tanggungjawab di syarikat lama tidak sesuai untuk saya.

13. Saya telah bersedia menempuhi cabaran baru untuk memajukan lagi kerjaya saya.

14. Selepas beberapa perubahan kepimpinan berlaku dalam jabatan saya, saya merasakan bahawa ia adalah waktu yang sesuai untuk saya meneroka peluang lain.

15. Saya sudah bersedia untuk membina institusi keluarga.

  1. Saya mempunyai isu keluarga dan ia memerlukan perhatian penuh daripada saya.

17. Saya memerlukan pekerjaan yang membolehkan saya untuk bekerja secara sambilan, tetapi syarikat lama saya tidak membenarkannya.

18. Sudah tiba masanya untuk perubahan.

* Anda boleh ubah contoh jawapan yang kami sediakan ini mengikut kesesuaian yang anda inginkan.

Bacaan lain: Contoh Soalan Untuk Ditanya Kepada Penemuduga

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat dan ilmu baru buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *