Pramugara/Pramugari atau Flight Attendant adalah individu profesional yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang di dalam kapal terbang. Pramugara/Pramugari menyediakan perkhidmatan pelanggan sambil mewujudkan persekitaran yang mesra untuk penumpang sebelum, semasa, dan selepas sesi penerbangan.
Job description template untuk Pramugara/Pramugari ni boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.
Huraian kerja/ringkasan kerja
Kami sedang mencari Pramugara/Pramugari untuk memastikan penumpang kapal terbang berada dalam keadaan selamat dan selesa ketika dalam penerbangan.
Sebagai pramugara/pramugari, anda perlu melaksanakan tugas dengan cekap dalam satu pasukan. Anda juga perlu bertanggungjawab untuk mengekalkan kesejahteraan, keselamatan dan keselesaan penumpang. Objektif utama anda adalah untuk menghiburkan penumpang dan memberi mereka layanan yang sangat baik.
Sekiranya anda merasakan diri anda calon yang sesuai untuk jawatan ini, sila mohon sekarang!
Tugas seorang Pramugara/Pramugari termasuklah:
- Menyediakan taklimat pra-penerbangan tentang butiran penerbangan
- Memastikan bekalan minuman dan peralatan kecemasan yang mencukupi disediakan
- Menyapa penumpang dan bantu mereka semasa dalam tempoh perjalanan
- Hidangkan makanan dan minuman kepada penumpang apabila diperlukan
- Bertanggungjawab untuk keselamatan dan keselesaan penumpang dan memberikan kepuasan kepada pelanggan
- Semak tiket, ID dan pasport penumpang semasa menaiki pesawat
- Berikan pertolongan cemas kepada penumpang apabila diperlukan
- Membantu penumpang dan juruterbang dalam penerbangan apabila diperlukan
- Memberi taklimat kepada penumpang tentang penggunaan peralatan kecemasan dan keselamatan
- Pastikan semua penumpang mempunyai tali pinggang keselamatan yang diikat dan pastikan pra-syarat keselamatan dipenuhi
- Berhati-hati dengan keperluan penumpang, terutamanya mereka yang mempunyai keperluan luar biasa
- Mengawasi bantuan perubatan kepada penumpang atau memudahkan usaha rawatan kecemasan.
- Selaraskan dengan penumpang jika berlaku situasi kecemasan
- Membantu pengurusan dan memastikan penumpang mengikut peraturan penerbangan
Syarat kelayakan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam Hospitaliti atau bidang yang berkaitan
- Pengalaman 1 tahun atau lebih sebagai Pramugari, Krew Kabin atau jawatan yang berkaitan
- Pensijilan profesional dalam program latihan Pramugari akan diutamakan
- Mempunyai pengetahuan tentang peralatan kecemasan dan operasinya seperti alat pemadam api, botol oksigen, dsb
- Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang baik
- Bermotivasi tinggi
- Mempunyai kemahiran pengurusan masa yang cemerlang
- Mempunyai keupayaan untuk multitasking
- Kemahiran perkhidmatan pelanggan yang sangat baik.
- Seorang yang berfikiran kritis
* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi
Berapakah kadar gaji seorang Pramugara/Pramugari
Purata gaji bulanan untuk Pramugara/Pramugari di Malaysia adalah antara RM 1,600 hingga RM 3,600.
*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat
Siarkan iklan huraian kerja Pramugara/Pramugari ini melalui Jobstore.com sekarang!
Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.
Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!
Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.
Reach me at hanis@jobstore.com