5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Posted by

Untuk penggemar rokok, artikel ini khusus buat anda! Seperti yang kita semua sedia maklum, harga rokok sudah semakin meningkat naik. Walau bagaimanapun sebagai penggemar atau ‘penagih’ rokok, ia bukanlah sesuatu yang perlu dipertikaikan atau dipersoalkan sekiranya ingin menghabiskan duit untuk menyedut kandungan nikotin yang terdapat di dalam rokok.

Walau bagaimanapun, mungkin kita cukup bertuah kerana harga rokok di Malaysia masih tidak mahal sekiranya hendak dibandingkan dengan lima jenama ini. 

1. Treasurer

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Rokok ini dikilangkan oleh Syarikat Canselor Tembakau, England. Ia merupakan jenama rokok paling mahal di dunia dan diperbuat daripada bahan paling premium yang dipercayai sangat sukar untuk ditemui. Harganya dikatakan mencecah RM 273 hingga RM 245 sekotak.

2. Sobranie

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Rokok yang dikilangkan oleh Gallaher Group ini merupakan rokok tertua di dunia. Sobranie menawarkan pelbagai jenis produk tetapi produk yang paling popular merupakan rokok yang paling ‘berat’ iaitu Sobranie Black Russian.

3. Dunhill

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Dunhill dimiliki oleh salah satu syarikat tembakau terbesar di dunia iaitu British American Tobacco. Terdapat dua versi rokok ini iaitu Dunhill dan Dunhill International. Harga rokok Dunhill dikatakan boleh mencecah sehingga RM 38 sekotak.

4. Parliament

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Parliament adalah jenama rokok yang dimiliki oleh syarikat Altria iaitu pemilik jenama Malboro. Jenama ini dikenali sebagai salah satu daripada jenama rokok yang menggunakan penapis kertas tersembunyi yang pada awalnya difahami sebagai gimik iklan pada satu masa dahulu. 

Penapis rokok ini membolehkan perokok mengalami rasa ‘sepenuhnya’. Ia merupakan salah satu sebab utama mengapa jenama ini begitu popular dalam kalangan perokok.

Selain mempunyai rasa yang kaya dan beraroma, Parliament juga terkenal dengan rasanya yang halus dan kick yang sempurna. Terdapat tiga variasi rokok Parliament iaitu Silver Blue, Aqua Blue serta Night Blue. Ia dijual dengan harga RM 33.80 setiap pek.

5. Vogue

5 Jenama Rokok Termahal Di Dunia

Jenama rokok ini dimiliki oleh British American Tobacco. Ia dipasarkan buat para wanita kerana rasanya yang agak ‘ringan’. Ia dijual dengan harga RM33 sekotak.

Namun, perlu diingatkan bahawa rokok yang mahal tidak semestinya selamat. Semua rokok mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia aktif yang boleh memberikan kesan buruk kepada seluruh anggota badan. 

Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan baru buat anda.

Bacaan lain: 5 Kelebihan Mandi Malam Yang Mungkin Anda Tak Tahu

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!

Sumber: Improb


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *