'Job Description Template' Penganalisis Politik

‘Job Description Template’ Penganalisis Politik

Posted by

Penganalisis Politik atau Political Analyst adalah individu profesional yang mengkaji landskap politik semasa dan subjek penyelidikan seperti dasar dalam negeri dan hubungan luar negeri. Mereka mengumpulkan dan menganalisis data untuk meramalkan arah aliran ekonomi dan politik. 

Job description template untuk Penganalisis Politik ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Penganalisis Politik yang cekap dan berpengalaman untuk menyertai pasukan media kami.

Sebagai Penganalisis Politik, anda akan menyelidik subjek politik dan menganalisis arah aliran politik, dasar kerajaan dan aspek politik lain yang berkaitan. Anda akan mengkaji perkembangan isu politik dan sosial, menyelidik perkara politik yang berbeza, mengumpul maklumat penting dan menganalisis data.

 Di samping itu, anda akan meramalkan arah aliran ekonomi dan sosial politik – menilai budaya serta ideologi politik, dan menghasilkan laporan yang tidak berat sebelah.

Sekiranya anda bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab sebagai Penganalisis Politik ini, mohon segera. 

Tugas seorang Penganalisis Politik termasuklah:

  • Menjalankan penyelidikan tentang perkara politik yang berbeza seperti ideologi politik dan hubungan luar
  • Mengumpul data daripada sumber seperti keputusan pilihan raya dan tinjauan pendapat umum
  • Menggunakan analisis data statistik untuk mentafsir penemuan
  • Membangunkan teori politik yang berbeza berdasarkan dokumen sejarah dan penyelidikan
  • Meramalkan arah aliran politik, ekonomi dan sosial
  • Menulis laporan dan memberi pembentangan dapatan kajian dalam bentuk laporan, dan menerbitkan artikel
  • Memantau keputusan polisi yang berbeza, peristiwa semasa dan pengubahsuaian perundangan
  • Menilai kesan polisi dan peraturan yang berbeza terhadap perniagaan, kerajaan dan perniagaan
  • Mewujudkan sumber dan kenalan untuk digunakan dalam penyelidikan masa depan
  • Kekal up-to-date dengan perkembangan antarabangsa dan hal ehwal awam

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Kewartawanan, Sains Politik, atau bidang yang berkaitan
  • Pengalaman sebagai Penganalisis Politik atau peranan yang serupa dalam Industri Media
  • Memiliki portfolio siaran berita atau artikel yang diterbitkan adalah satu kelebihan
  • Mahir dengan analisis statistik, alat penyelidikan kualitatif dan perisian
  • Mahir dalam bahasa Inggeris.
  • Pemikiran kritis dan mempunyai kemahiran analisis yang cemerlang
  • Memiliki kemahiran menulis yang sangat baik dan keupayaan untuk melaporkan penemuan penyelidikan dengan jelas
  • Seorang yang berakhlak tinggi dan berintegriti
  • Seorang yang terperinci
  • Seorang yang berdikari
  • Mempunyai kemahiran mendengar yang sangat baik

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Penganalisis Politik

Purata gaji bulanan untuk Penganalisis Politik di peringkat entry level (1-3 tahun pengalaman) memperoleh gaji purata RM85,540. Sebaliknya, seorang Penganalisis Politik senior level (berpengalaman lebih 8 tahun) memperoleh gaji purata RM150,466.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Penganalisis Politik ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Wakil Jualan Farmaseutikal

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *