Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Donut Peach Viral’

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Donut Peach Viral’

Posted by

Donut pic atau donut peach pernah tular atau viral suatu ketika dahulu di semua platform media sosial. Sejak daripada itu, orang ramai berpusu-pusu untuk ke pusat membeli belah untuk membelinya atau memesan secara dalam talian semata-mata untuk merasai keunikan donut peach tersebut.

Donut peach yang berasal dari China ini dikatakan agak unik kerana berbentuk seperti donut dan kulitnya berwarna merah dan kuning berbaldu selain bahagian dalamnya yang berwarna putih. 

Donut peach atau juga dikenali sebagai Saturn peach, white peach atau flat peach ini dikatakan mempunyai rasa yang sangat manis. Ia dipanggil ‘Saturn’ kerana bentuk buah ini yang pipih, hampir sama dengan cincin planet Zuhal atau Saturn.

Buah ini mungkin kelihatan asing di negara Malaysia. Namun sebenarnya ia telah lama menjadi sebahagian daripada diet orang ramai di seluruh dunia, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat.

Jadi, apakah keunikan lain yang terdapat pada donut peach viral ini? Berikut kami kongsikan antara enam kelebihan yang terdapat pada donut peach yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Donut Peach Viral’

1. Bentuk yang unik

Donut peach memiliki bentuk rata serta nipis dan menyerupai donat, dengan lubang di tengah. Bentuk ini menjadikannya lebih mudah dipotong dan dinikmati tanpa perlu mengupas kulitnya.

2. Nutrisi yang baik

Donut peach mengandungi pelbagai nutrisi penting seperti vitamin A, vitamin C, serat, dan kalium. Vitamin A baik untuk kesihatan mata manakala vitamin C membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Selain itu, ia juga mengandungi potasium yang penting untuk kesihatan jantung.

Bukan itu sahaja, ia juga turut mengandungi niasin dan vitamin E, yang memainkan peranan penting dalam kesihatan kulit dan sistem imun. Kandungan serat yang tinggi dalam buah ini juga dapat membantu proses pencernaan.

3. Mengandungi antioksidan

Donut peach mengandungi antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan dan memberikan manfaat kesihatan yang berpanjangan.

4. Mudah dinikmati

Oleh kerana bentuk donut peach yang unik dan tidak memiliki benjolan di tengah seperti buah peach biasa, ia lebih mudah dipotong dan dimakan tanpa perlu mengupas kulitnya.

5. Rasa yang sedap dan manis

Donut peach memiliki rasa yang manis, sedap dan sedikit masam. Isi buahnya yang berwarna oren kekuningan mempunyai rasa yang juicy dan memiliki tekstur lembut.

6. Tidak terlalu berair

Berbeza dengan beberapa jenis peach yang lain, donut peach mempunyai kandungan air yang lebih rendah. Hal ini menjadikannya kekal juicy tanpa terlalu berair dan lebih mudah untuk dimakan.

Walau bagaimanapun, pengambilan donut peach yang berlebihan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan antaranya sembelit, terutamanya jika anda kurang minum air. 

Selain itu, donut peach mungkin tidak sesuai untuk penghidap kencing manis atau diabetes kerana ia mengandungi banyak kandungan gula semula jadi.

Individu yang mempunyai alahan kepada buah daripada keluarga Rosaceae seperti epal dan strawberi, mungkin akan mengalami reaksi alergi setelah memakan donut peach ini.

Jadi, nikmatilah donut peach viral ini secara sederhana dan rasailah kelebihan yang terdapat pada buah ini. 

Semoga perkongsian ini memberi ilmu dan pengetahuan baru buat anda.

Jangan lupa ikuti kami untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini! Layari Jobstore.com atau muat turun aplikasi mudah alih kami secara percuma untuk lebih banyak peluang pekerjaan!


Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *