'Job Description Template' Pegawai Perakaunan

‘Job Description Template’ Pegawai Perakaunan

Posted by

Pegawai Perakaunan atau Accounting Officer adalah individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan penyimpanan rekod kewangan sesebuah organisasi. Pegawai Perakaunan menyediakan invois, merekod pembayaran, dan menguruskan perbelanjaan organisasi.

Job description template untuk Pegawai Perakaunan ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pegawai Perakaunan untuk Jabatan Perakaunan kami. Anda perlu menguruskan semua aktiviti simpan kira dan pentadbiran perniagaan organisasi kami.

Sekiranya anda fikir pekerjaan ini sesuai untuk anda, mohon segera!

Tugas seorang Pegawai Perakaunan termasuklah:

  • Memeriksa transaksi dan rekod kewangan setiap hari
  • Menganalisis aktiviti akaun pelbagai jabatan lain dalam organisasi
  • Menyemak invois masuk dan keluar
  • Mengekalkan dan menyediakan bajet
  • Bekerjasama dengan Juruaudit Dalaman, Juruaudit Luaran dan Akauntan lain
  • Membuat pembayaran kepada pelbagai penyedia perkhidmatan
  • Menyediakan dan mengemas kini pemiutang dan penghutang akaun
  • Menguruskan rekod kewangan dengan mematuhi undang-undang cukai dan perakaunan
  • Menilai sistem kawalan dalaman dan menyediakan cadangan yang diperlukan
  • Menyediakan laporan kewangan dan membentangkannya kepada pengurusan atasan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Pentadbiran Perniagaan, atau bidang berkaitan
  • Berpengalaman bekerja sebagai Pegawai Perakaunan atau jawatan yang serupa di Jabatan Perakaunan
  • Memiliki mana-mana sijil profesional seperti Akauntan Awam Bertauliah (CPA) adalah satu kelebihan
  • Kemahiran dalam Microsoft Office
  • Mahir dengan perisian perakaunan seperti Quickbooks dan Quicken
  • Mempunyai pemahaman cemerlang tentang prinsip dan amalan perakaunan
  • Keupayaan untuk bekerja secara bebas serta dalam pasukan apabila diperlukan
  • Seorang yang terperinci
  • Mempunyai kemahiran analisis yang kuat
  • Memiliki kemahiran matematik yang baik
  • Kebolehan analytical skills yang baik
  • Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kuat
  • Keupayaan untuk mengurus dan mengendalikan pelbagai tugas
  • Mahir menyelesaikan masalah
  • Kebolehan pengurusan masa yang baik
  • Bijak membuat keputusan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pegawai Perakaunan?

Purata gaji bulanan untuk Pegawai Perakaunan adalah antara RM 2,600 hingga RM 3,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pegawai Perakaunan ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *