'Job Description Template' Pengurus Kempen

‘Job Description Template’ Pengurus Kempen

Posted by

Pengurus Kempen/Pengarah Kempen atau Campaign Manager adalah individu yang bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaras acara untuk mempromosikan projek tertentu, termasuk inisiatif pengiklanan, kempen politik dan sebagainya.

Job description template untuk Pengurus Kempen ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Pengurus Kempen untuk mengetuai kempen pemasaran kami. Anda akan bekerjasama rapat dengan Pengurus Pemasaran untuk menentukan keperluan pelanggan. Selain itu, anda akan membangunkan pelbagai jenis kempen termasuk pelancaran produk, penjenamaan semula dan sebagainya. Selain menyusun strategi, anda juga akan bertanggungjawab untuk mengumpulkan semua bahan dan sumber pemasaran.

Anda akan bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada content team dan design team tentang keperluan kempen. Selain itu, anda perlu memiliki kemahiran analisis dan pembentangan yang baik untuk membantu mentafsir keputusan kempen. Selain itu, anda perlu mempunyai kemahiran pengurusan projek yang sangat baik untuk melancarkan semua kempen dalam garis masa yang ditetapkan.

Mohon sekarang!

Tugas seorang Pengurus Kempen termasuklah:

  • Merancang dan membangunkan kempen pemasaran B2B dan B2C yang berbeza
  • Membangunkan prosedur untuk pelaksanaan kempen pemasaran yang betul
  • Memberi taklimat kepada Penulis Kandungan, Pereka Grafik dan freelancer tentang keperluan kempen
  • Mengenal pasti dan mendapatkan freelance project daripada agensi iklan luar
  • Mengurus dan menyelesaikan kempen dalam belanjawan yang ditetapkan
  • Menyemak bahan promosi yang disediakan oleh pasukan kandungan dan reka bentuk
  • Memastikan semua kempen mencerminkan imej dan suara jenama
  • Menganalisis prestasi kempen dan menyediakan laporan terperinci
  • Menentukan KPI dan mengukur ROI
  • Cross-checking semua bahan pemasaran
  • Menjalankan pertemuan dengan klien untuk mengenal pasti dan mengkonseptualisasikan strategi pemasaran
  • Menyediakan jadual kempen dan menetapkan garis masa
  • Mengumpul maklumat dan sumber kempen
  • Melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan apabila diperlukan
  • Menyelaras dengan Pengurus Pemasaran dan Pakar Strategi Pemasaran untuk menyemak status kempen yang sedang dijalankan

Syarat kelayakan

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran, Pengiklanan, Komunikasi atau bidang berkaitan
  • 3 tahun pengalaman atau lebih sebagai Penganalisis Pemasaran, Pakar Strategi Pemasaran, atau mana-mana jawatan yang berkaitan dalam jabatan Pemasaran
  • Fikiran analitikal yang kuat dan keupayaan berfikir kreatif
  • Pengetahuan asas kempen B2B dan B2C
  • Kemahiran komunikasi dan pembentangan yang sangat baik
  • Keupayaan untuk bekerja dalam persekitaran yang kompetitif
  • Pengurusan projek dan kemahiran organisasi yang baik
  • Up-to-date dengan trend semasa
  • Individu yang bermotivasi tinggi
  • Kesediaan untuk mempelajari teknik pemasaran baru
  • Menunjukkan kemahiran multitasking
  • Keupayaan untuk bekerja secara bebas dan kolaboratif

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Pengurus Kempen?

Purata gaji bulanan untuk Pengurus Kempen adalah RM 5,500.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Pengurus Kempen ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Bacaan lain: ‘Job Description Template’ Untuk Pengurus Hotel

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *