'Job Description Template' Tukang Gunting Rambut

‘Job Description Template’ Tukang Gunting Rambut

Posted by

Tukang Gunting Rambut atau Barber adalah individu yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan dandanan rambut kepada pelanggan. Mereka memotong, trim, menggayakan dan mewarnakan rambut serta menyediakan dandanan dan urutan.

Job description template untuk Tukang Gunting Rambut ini boleh disesuaikan mengikut kehendak dan keperluan anda. Template ini sesuai untuk diterbitkan di mana-mana halaman kerjaya yang anda inginkan.

Huraian kerja/ringkasan kerja

Kami sedang mencari Tukang Gunting Rambut untuk menyertai pasukan profesional dandanan kami. 

Mohon segera jika kemahiran anda dapat membantu mengembangkan perniagaan kami.

Tugas seorang Tukang Gunting Rambut termasuklah:

  • Mengalu-alukan pelanggan ke kedai/salon
  • Memotong dan menggunting rambut mengikut keperluan pelanggan
  • Mencadangkan potongan rambut mengikut bentuk muka dan jenis rambut pelanggan
  • Menggunakan gunting dan sikat yang bersesuaian dengan gaya rambut terutamanya rambut panjang
  • Memotong dan mencukur janggut dan misai
  • Sapukan losyen penyejuk/penenang (soothing) selepas bercukur
  • Menggunakan produk penggayaan seperti mousse, serum dan semburan tetapan (setting spray) untuk mengekalkan gaya rambut untuk jangka masa yang lebih lama
  • Menyediakan urutan muka, leher, dan kulit kepala
  • Menawarkan rawatan yang menenangkan seperti spa rambut, urutan minyak panas dan urutan akar dalam
  • Mengeringkan rambut selepas mencuci rambut
  • Membersihkan tempat kerja serta peralatan dengan kerap
  • Memantau bekalan inventori dan membuat pesanan sekiranya perlu 
  • Menawarkan kupon diskaun untuk mempromosikan servis
  • Mengesyorkan produk penjagaan rambut seperti syampu dan perapi kepada pelanggan
  • Menyediakan rawatan kimia seperti pewarnaan rambut dan melicinkan rambut
  • Membungkus dan menutup bahu pelanggan dengan kain pelindung untuk mengelakkan pakaian pelanggan rosak
  • Menyelenggara bil dan menerima bayaran daripada pelanggan
  • Menyediakan cadangan penggayaan kepada pelanggan
  • Menggayakan rambut pelanggan menggunakan alat penggayaan seperti seterika lencong/meluruskan dan pengering rambut
  • Menyelaras dengan Pengurus Salon Kecantikan setiap hari dan memastikan dia mendapat maklumat terkini tentang janji temu (appointments)

Syarat kelayakan

  • Pendidikan yang berkaitan
  • Pengalaman kerja di kedai gunting rambut atau salon
  • Memiliki pengetahuan tentang teknik dandanan rambut yang berbeza
  • Keupayaan untuk berdiri selama berjam-jam
  • Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik
  • Keupayaan untuk mengekalkan piawaian kebersihan yang betul
  • Seorang yang terperinci dan bermotivasi tinggi
  • Menunjukkan sikap yang menyenangkan
  • Keupayaan untuk menawarkan peningkatan kepuasan pelanggan

* Penting untuk diingatkan bahawa syarat kelayakan adalah berbeza-beza bergantung pada skop kerja dan organisasi

Berapakah kadar gaji seorang Tukang Gunting Rambut?

Purata gaji bulanan untuk Tukang Gunting Rambut adalah antara RM 1,800 hingga RM 2,600.

*Kadar gaji bergantung kepada kedudukan jawatan, tempoh perkhidmatan, saiz dan lokasi syarikat

Siarkan iklan huraian kerja Tukang Gunting Rambut ini melalui Jobstore.com sekarang!

Semoga perkongsian kami ini memberi manfaat buat anda semua.

Jangan lupa ikuti kami di semua platform media sosial untuk pelbagai tips kerjaya, gaya hidup dan jawatan kosong terkini!

Hanis Izzatul, is a digital writer who writes about careers, lifestyle, and current trending content to engage Malay readers, informing them about the latest trends happening around. Hanis also are into arts, music, film, and gigs.

Reach me at hanis@jobstore.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *